Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Majlis Penyampaian Bantuan Kelengkapan Persekolahan Kepada Anak Anak Warga Pulapol Langkawi

Published: 12 Jun 2014 8.26 AM Updated: 17 Jul 2026 11.46 AM
PULAPOL Langkawi, 4 Disember 2013 - Majlis Penyampaian Bantuan Kelengkapan Persekolahan Tahun 2014 Kepada Anak-Anak Warga PULAPOL Langkawi diadakan di Dewan Auditorium, Pusat Latihan Polis (PULAPOL) L..
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/majlis-penyampaian-bantuan-kelengkapan-persekolahan-kepada-anak-anak-warga-pulapol-langkawi
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 26/09/2026 00:17 MYT

PULAPOL Langkawi, 4 Disember 2013 - Majlis Penyampaian Bantuan Kelengkapan Persekolahan Tahun 2014 Kepada Anak-Anak Warga PULAPOL Langkawi diadakan di Dewan Auditorium, Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Langkawi.

YDH ACP Aris @ Arif Bin Omar, Komandan PULAPOL Langkawi telah berbesar hati memberi sumbangan berupa kelengkapan persekolahan kepada anak-anak Pegawai, Anggota dan Pegawai Awam PULAPOL Langkawi bagi sesi persekolahan tahun 2014. Seramai 89 orang anak-anak staf PULAPOL Langkawi terlibat dalam majlis yang julung-julung kali diadakan ini.

Bantuan ini diberi bertujuan untuk meringankan beban warga PULAPOL dalam penyediaan kelengkapan persekolahan anak-anak untuk tahun 2014. Penyampaian ini disempurnakan oleh YDH ACP Aris @ Arif Bin Omar, Komandan PULAPOL Langkawi serta para Pegawai Kanan PULAPOL Langkawi.

Majlis Penyampaian Bantuan Kelengkapan Persekolahan Kepada Anak Anak Warga Pulapol Langkawi

Majlis Penyampaian Bantuan Kelengkapan Persekolahan Kepada Anak Anak Warga Pulapol Langkawi

Majlis Penyampaian Bantuan Kelengkapan Persekolahan Kepada Anak Anak Warga Pulapol Langkawi

Majlis Penyampaian Bantuan Kelengkapan Persekolahan Kepada Anak Anak Warga Pulapol Langkawi

ArticlePublished 12 Jun 2014 8.26 AMUpdated 17 Jul 2026 11.46 AM