Majlis Penyampaian Anugerah Pangkat Posthumous
Tawau - 2 April 2007. Majlis Penyampaian Anugerah Pangkat "Posthumous" kepada Allahyarham RF/144594 Mahadir Bin Tawile telah disempurnakan oleh YDH Dato' Mohd Amir Bin Sulaiman, Pengarah Pengurusan Polis Diraja Malaysia di Ibu Pejabat Polis Daerah Tawau, Sabah sempena Lawatan Kerja beliau.
Hadir sama dimajlis tersebut ialah YDH DCP Dato' Mohammad Mokhtar Bin Hj. Hassan, Pesuruhjaya Polis Sabah, Pegawai-pegawai kanan dan anggota serta rombongan. Di majlis tersebut juga, YDH Dato' Mohd Amir juga menyampaikan bantuan saguhati dari Tabung Amanah Perwira dan Pertahanan Negara kepada C/Insp Mohd Aris Bin Jambul, L/Kpl Ahmad Bin Mohd Yunus dan Konst. Azmanizal Bin Zainal.

YDH CP Dato' Mohd Amir Bin Sulaiman, Pengarah Pengurusan Polis Diraja Malaysia menyampaikan Anugerah Pangkat "Posthumous" kepada ibu Allahyarham Puan Indosakka Bt. Nunchi