Majlis Penutup Kursus Asas Payung Terjun Unit Tindakan Khas Wanita Siri 1 2008
Taiping,
Perak - 5 Julai 2008. Majlis Penutup Kursus Asas Statik Payung Terjun
Unit Tindakan Khas Wanita Siri 1/2008 dan Kursus Asas Free Fall AFF
2/2008, 69 Komando telah dirasmikan oleh YDH CP Dato' Hussin Bin Hj.
Ismail, Pengarah Jabatan KDN/KA di Lapangan Terbang Tekah, Taiping,
Perak.
Hadir
dimajlis tersebut ialah YDH CP Dato' Abdul Razak bin Bokhari, Pengarah
Pengurusan, YDH CP Dato' Koh Hong Sun, Pengarah Jabatan Siasatan
Jenayah Komersial, YDH CP Dato' Zul Hasnan Najib bin Baharudin, Pengarah
Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, YDH SAC 1 Dato' Muhammad Fuad bin Abu Zarin , Timbalan Pengarah JKDNKA Pasukan Gerakan Khas, Dif-dif jemputan, Pegawai-pegawai kanan serta anggota dan keluarga PDRM.
YDH CP
Dato' Hussin Bin Hj. Ismail telah menyampaikan Sayap Penerjunan kepada
lapan orang peserta wanita dari Unit Tindakan Khas yang telah berjaya
menamatkan Kursus Asas Payung Terjun Statik Siri 1/2008 yang diadakan
selama sebulan di Ulu Kinta, Ipoh dan Taiping, Perak dan lapan orang
peserta yang juga telah berjaya menamatkan Kursus Asas Free Fall AFF 2/2008 dari 69 Komando, Pasukan Gerakan Khas.
Dimajlis tersebut juga, YDH CP Dato' Hussin Bin Hj. Ismail menyampaikan Lencana Sayap Kehormat beserta Sijil kepada tetamu kehormat iaitu :
1. YDH CP Dato' Abdul Razak bin Bokhari, Pengarah Pengurusan
2. YDH CP Dato' Koh Hong Sun, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial
3. YDH CP Dato' Zul Hasnan Najib bin Baharudin, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik
Majlis
diteruskan dimana YDH CP Dato' Hussin Bin Hj. Ismail dan tetamu
jemputan telah melawat meja pameran untuk mendengar dan menerima
taklimat mengenai payung terjun yang digunakan oleh PDRM , disampaikan
oleh ASP Abd Rahim Shafiee, Ketua Unit Para 69 Komando.
Seterusnya,
pertunjukan penerjunan payung statik di ketinggian 1200 kaki oleh dua
orang penerjun wanita dari Unit Tindakan Khas yang juga peserta Kursus
Asas Statik Payung Terjun Unit Tindakan Khas Wanita Siri 1/2008. Pada
ketinggian 10,000 kaki, para tetamu dipertontonkan penerjunan acara
kerjasama oleh tiga penerjun yang diketuai oleh SI Megat Rosli.
Seterusnya pesawat PDRM akan mendaki pada ketinggian 12,000 kaki bersama
lima lagi penerjun untuk acara 'Free Fall' yang diketuai oleh Sjn Rozli
Abdul Talib. Dalam acara ini juga, 'Tendom Master' akan membawa dua
orang penumpang dimana salah seorang penumpangnya adalah wakil media
dari The Star.
Operatif
Wanita Unit Tindakan Khas, Pasukan Gerakan Khas dipilih khusus satelah
melalui beberapa tahap ujian yang memerlukan kekuatan fizikal dan
mental, lebih penting lagi adalah daya ketahanan atau 'endurance',
malahan mereka perlu cekal, berani dan tenang dalam menghadapi aoa jua
situasi yang selalunya dianggap merbahaya dan tidak mampu dilaksanakan
oleh anggota polis biasa. Maka tidak hairanlah mereka dilatih dalam
pelbagai bidang kepakaran seperti seni mempertahankan diri, menembak
menggunakan pelbagai senjatapi, selam tempur, tempur jarak dekat atau
'Close Quarter Battle' (CQB) dan terjun payung.
Setiap
operatif Pasukan Gerakan Khas perlu menjalani latihan payung terjun
untuk menanamkan semangat kecekalan, keyakinan dan keberanian bagi
menjadikan mereka operatif yang serba boleh.

Sayap Kehormat..YDH SAC 1 Dato' Muhammad Fuad bin Abu Zarin , Timbalan Pengarah JKDNKA Pasukan Gerakan Khas menyematkan Sayap Kehormat kepada YDH CP Dato' Abdul Razak bin Bokhari, Pengarah Pengurusan

kanan...YDH
CP Dato' Zul Hasnan Najib bin Baharudin, Pengarah Jabatan Siasatan
Jenayah Narkotik bersama YDH CP Dato' Koh Hong Sun, Pengarah Jabatan
Siasatan Jenayah Komersial juga menerima Sayap Kehormat

kanan...L/Kpl Rosnaliza Rosden dan L/Kpl Rita Gani yang melakukan pertunjukan penerjunan payung statik di ketinggian 1200 kaki

Sjn Rozli Abdul Talib, 'T'endom Master' membawa Rosyasmin Abdul Karim, wakil media dari The Star

Peserta
Kursus Asas Statik Payung Terjun Unit Tindakan Khas Wanita Siri 1/2008
bergambar kenangan bersama YDH CP Dato' Hussin Bin Hj. Ismail, Pengarah
Jabatan KDN/KA dan Pengarah-Pengarah PDRM serta jurulatih-jurulatih

Peserta Kursus Asas Free Fall AFF 2/2008, 69 Komando