Article
Majlis Penutup Konvensyen Kumpulan Meningkatkan Mutu Kerja Kmk Pdrm Ketujuh
YDH Tan Sri Mohd Najib bin Abdul Aziz, Timbalan Ketua Polis Negara telah merasmikan penutupan Konvensyen Kumpulan Meningkatkan Mutu Kerja (KMK) Peringkat PDRM...
Ipoh, Perak -9 Ogos 2007. YDH Tan Sri Mohd Najib bin Abdul Aziz, Timbalan Ketua Polis Negara telah merasmikan penutupan Konvensyen Kumpulan Meningkatkan Mutu Kerja (KMK) Peringkat PDRM Ketujuh yang diadakan di Hotel Impiana Casuarina, Ipoh, Perak yang dianjurkan oleh Jabatan Pengurusan, Ibu Pejabat PolisBukit Aman.
Hadir sama dimajlis tersebut ialah YDH DCP Dato' Zulkifli Abdullah, Ketua Polis Perak, YDH DCP Dato' Abdul Razak Hj. Bokhari, Timbalan Pengarah Pengurusan (Latihan), YDH SAC 1 Dato' Benjamin Hj. Hasbie, Timbalan Pengarah Pengurusan (Penyelidik/Perancang) merangkap Pengerusi Jawatankuasa Konvensyen KMK PDRM 2007, YDH SAC II Dr. Hj. Ab. Rahman bin Hj. Ismail, Ketua Cawangan Khas Perak, Pegawai-pegawai Kanan serta wakil-wakil media.
Sejak PDRM melaksanakan Konvensyen KMK pada tahun 2001, sebanyak 68 projek telah dilaksanakan iaitu 54 kategori pengurusan dan 14 kategori teknikal. Seramai 115 peserta yang mewakili jabatan atau kontinjentelah bertanding bagi dua kategori iaitu pengurusan (6 kumpulan)dan teknikal (6 kumpulan).
Harapan YDH Ketua Polis Negara agar kumpulan-kumpulan yang bertanding akan meningkatkan lagi pencapaian mereka dan lebih baik serta projek KMK dapat dijuruskan ke arah projek-projek yang lebih berinovasi. YDH Ketua Polis Negara juga berharap konvensyen ini akan dapat melahirkan para pegawai dan anggota polis yang berkualiti dan mempunyai kredibiliti yang tinggi di dalam melaksanakan tugas-tugas harian. Konvensyen ini jugaboleh membantu ke arah meningkatkan lagi produktiviti dan kualiti organisasi seiring dengan usaha kerajaan untuk mewujudkan Pengurusan Kualiti menyeluruh (Total Quality Management).
Bagi kategori Pengurusan, Kumpulan CHIP dari Cawangan Trafik, Bukit Aman telah menjadi juara, Kumpulan KITA dari IPD kampar ditempat kedua dan ketiga kumpulan ELIT dari Cawangan Trafik IPD Batu Pahat, Johor. Bagi kategori Teknikal, Kumpulan TARGET dari Briged Utara PGA, Ulu Kinta menjadi juara, ditempat keduaKumpulan PERMATA dari IPK Perlis dan ketiga Kumpulan Gelombang Selatan dari Polis marin Wilayah Selatan, Tampoi Johor.

JUARA...Kumpulan CHIP dari Cawangan Trafik, Bukit Aman dengan tajuk projek: Meningkatkan kadar penyelesaian saman daripada 20 peratus kepada 50 peratus telahberjaya membawa pulang pialapusingan dan wang tunai RM 2,250 selaku juara Konvensyen KMK PDRM Ketujuh 2007 bagi kategori Pengurusan

Juara Kategori Teknikal...Kumpulan TARGET dari Briged Utara PGA, Ulu Kinta dengan tajuk projek : Tahap kemahiran pengendalian dan menembak pistol pegawai dan anggota Briged Utara telah berjaya mengalahkan lima lagi kumpulan yang bertanding bagi kategori teknikal