Majlis Penganugerahan Balai League Table Siri 2 Dan 3 2012
Majlis Penganugerahan Balai League Table Siri 2 Dan 3/2012
oleh : Sjn Zaiddin bin Dahalan
SUBANG
JAYA - 20 Disember 2012. PDRM telah berjaya menurunkan sebanyak 8.1%
kadar Jenayah Indeks dan 42.2% Jenayah Jalanan dari Januari hingga
November 2012. Perkembangan ini telah member impak yang positif terhadap
usaha meningkatkan kepuasan masyarakat terhadap PDRM dan persepsi
mereka terhadap keselamatan.
Sementera itu, penilaian yang di
buat oleh Panel Penilaian Antarabangsa (IPR) yang terdiri dari
pakar-pakar kepolisan antarabangsa dari Singapura, Hong Kong, United
Kingdom dan Amerika Syarikat pada Julai 2012 telah menjelaskan Malaysia
telah mencatat pencapaian yang besar dalam beberapa tahun kebelakangan
ini dalam mengurangkan jenayah. Antara elemen-elemen yang telah diberi
pengiktirafan melalui laporan tersebut adalah berkaitan pelaksanaan Safe City Programme, Omnipresence Programme dan Blue Ocean Strategy (BOS).
Dalam
mencapai matlamat mengurangkan Jenayah Indeks, sebanyak 764 Balai Polis
seluruh Malaysia telah bersaing mengikut kategori dari kategori A
hingga E dan tempoh penilaian dijalankan setiap 4 bulan sekali.
Penilaian dilaksanakan menggunapakai The Scoring Model
dibawah prinsip Sains Pengurusan berasaskan kriteria-kriteria seperti
tahap purata jenayah indeks setiap tiga bulan pertama, penambahbaikan
yang dilakukan dalam menurunkan jenayah indeks bagi bulan seterusnya.
Kriteria
penilaian kini dimantapkan lagi dengan pendekatan yang lebih holistik
melalui penilaian daripada aspek kuantitatif dan kualitatif. Aspek
kuantitatif aka meliputi jenayah indeks, jenayah pecah rumah, jenayah
curi kenderaan dan aktiviti Community Policing manakala pendekatan kualitatif pula meliputi penilaian secara fizikal dan kajian kepuasan pelanggan.
Turut hadir di Majlis tersebut, YDH Tan Sri Dato' Sri Khalid bin Abu Bakar, Timbalan Ketua Polis Negara, Y.Bhg Encik Eugene Teh, Pengarah NKRA Mengurangkan Jenayah, Jabatan Perdana Menteri, YDH Pengarah-pengarah PDRM, YDH Ketua-ketua Polis Negeri, Pesuruhjaya Polis, Pegawai-pegawai Kanan Kementerian Dalam Negeri, Pegawai-pegawai Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (PEMANDU) serta Pegawai-pegawai Kanan dan anggota PDRM.
Ketibaan YDH Ketua Polis Negara
Nyanyian Lagu Negaraku...
Antara yang hadir di Majlis Penganugerahan Balai League Table Siri 2 Dan 3/2012
Bacaan doa...
Ucapan aluan oleh YDH DCP Dato' Shabudin bin Abdul Wahab, Timbalan Pengarah Pengurusan (Latihan)
Ucapan oleh YDH Tan Sri Dato' Seri Haji Ismail bin Haji Omar, Ketua Polis Negara
Pengacara majlis...
Pancaragam Pusat PDRM dari Kedah
Koir PDRM
Johan Kategori E Siri 2/2012 : Balai Polis Bandar Dato' Onn, Johor Bahru Selatan
Johan Kategori E Siri 3/2012: Balai Polis Kota, Rembau Negeri Sembilan
Johan Kategori D Siri 2/2012 : Balai Polis Batang Kali, Hulu Selangor, Selangor.
Johan Kategori D Siri 3/2012 : Balai Polis Tambun, Ipoh, Perak
Johan Kategori C Siri 2/2012 : Balai Polis Menglembu, Ipoh, Perak
Johan Kategori C Siri 3/2012: Balai Polis Kuala Pilah, Kuala Pilah, Negeri Sembilan
Johan Kategori B Siri 2/2012: Balai Polis Lahad Datu, Lahad Datu, Sabah.
Johan Kategori B Siri 3/2012: Balai Polis Pandamaran, Klang Selatan, Selangor
Johan Kategori A Siri 2/2012: Balai Polis USJ 8, Subang Jaya, Selangor
Johan Kategori A Siri 3/2012: Balai Polis Puchong, Serdang, Selangor
Tanda penghargaan, menerima Surat Kepujian Ketua Polis Negara..
Surat Penghargaan KPN, sumbangan bakti demi keselamatan dan keamanan masyarakat di daerah Subang Jaya...
Ahli-ahli Persatuan Penduduk Subang Jaya yang turut hadir...
dua dari kiri..Insp Ayuni, Setiausaha Persatuan PPKP/CI Kontinjen Selangor mengucapkan tahniah kepada pemenang-pemenang dari Kontinjen Selangor
Antara pemenang Anugerah Balai League Table Siri 2 dan 3/2012
Layarilah http://www.facebook.com/PolisDirajaMalaysia