Majlis Penganugerahan Apc Kementerian Dalam Negeri 2015
PUTRAJAYA, 10 Mac- Kementerian Dalam Negeri (KDN) hari ini mengadakan Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) kepada kakitangan di bawah naungan kementerian tersebut yang telah memberikan perkhidmatan terbaik pada tahun 2015.
Majlis tersebut telah disempurnakan oleh Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi yang juga merangkap Menteri Dalam Negeri di Dewan Auditorium, Kompleks D, KDN, Putrajaya, petang tadi.
Seramai 30 pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) diketuai Pengarah Jabatan Sumber Strategik dan Teknologi (StaRT), CP Dato’ Zaleha Abd Rahman telah menerima APC sebagai tanda pengiktirafan di atas perkhidmatan yang cemerlang secara individu khasnya dan kepada pasukan PDRM amnya.
Mendahului upacara adalah penyampaian Pingat Perkhidmatan Cemerlang (PPC) kepada Timbalan Setiausaha Bahagian Perancangan Strategik, DR. Sabri Zainudin @ Zainul, Penolong Setiausaha Bahagian Pendaftaran Negara dan Pertubuhan, Shazana Zainal Abidin daripada Jabatan KDN dan Pegawai Penjara Reman, Rahmas Abdullah daripada Jabatan Penjara Malaysia serta penerima APC KDN seramai 352 orang keseluruhanya.
Memetik dalam ucapannya, Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, anugerah ini sebagai tanda KDN amat menghargai komitmen dan amalan mutu kerja berkualiti di kalangan warga KDN yang mencakupi lapan agensi yang menyediakan perkhidmatan dari segenap aspek keselamatan dan memudahkan urusan masyarakat.
Hadir sama dalam majlis tersebut Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Nur Jazlan Mohamed, Tuan Masir Kujat, Ketua Setiausaha (KSU) KDN, Dato’ Sri Alwi Hj Ibrahim, Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato' Sri Khalid Abu Bakar , pegawai tertinggi KDN, barisan pegawai dan kakitangan yang bernaung di bawah KDN.
Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi semasa nyanyian lagu Negaraku...
Ketibaan Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi...
Ucapan oleh Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi...
Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menyampaikan APC kepada Pengarah Jabatan Sumber Strategik dan Teknologi (StaRT), CP Dato’ Zaleha Abd Rahman
Pegawai PDRM Supt. Ghazali Daud menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang KDN 2015...
Pegawai PDRM menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang KDN 2015...
Pegawai PDRM menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang KDN 2015...
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik bersama Pengarah Jabatan Intergriti dan Pematuhan Standard (JIPS)
Antara pucuk pimpinan tertinggi PDRM yang hadir..