
Article
Majlis Penerapan Nilai Nilai Murni Dan Iftar Kdn Madani Bersama Mdn Diteruskan Lagi Di Pulau Pinang
Balik Pulau, 8 April 2023 - Majlis Penerapan Nilai-Nilai Murni dan Iftar Kementerian Dalam Negeri (KDN) Madani Bersama Menteri Dalam Negeri (MDN) diteruskan di...
Balik Pulau, 8 April 2023 - Majlis Penerapan Nilai-Nilai Murni dan Iftar Kementerian Dalam Negeri (KDN) Madani Bersama Menteri Dalam Negeri (MDN) diteruskan di Bayan Baru, Pulau Pinang, di sini, petang tadi.
Ketibaan Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dan isteri, Datin Seri Norhayati Musa disambut oleh Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Acryl Sani Hj. Abdullah Sani bersama Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia, Dato' Ruslin Jusoh.
Majlis yang diadakan di Dewan Banquet, Sunshine Square itu bertujuan menerapkan nilai-nilai murni dalam kalangan warga kerja KDN di samping mengeratkan hubungan antara jabatan-jabatan di bawahnya.
Dalam majlis tersebut Datuk Seri Saifuddin Nasution telah menyampaikan naskah al-Quran dan sumbangan kepada 55 warga KDN selain menyerahkan surat Pengesahan Kewarganegaraan kepada 19 orang penerima.
Turut hadir, Timbalan Ketua Setiausaha (Keselamatan) KDN, Dato' Hj. Abdul Halim Hj. Abdul Rahman, Ketua Polis Pulau Pinang, CP Dato' Mohd Shuhaily Mohd Zain dan timbalannya, DCP Dato' Fisol Saleh, Ketua Polis Daerah TIMUR LAUT, ACP Soffian Santong serta wakil-wakil Ketua Pengarah jabatan di bawah KDN.
Seusai menunaikan solat Maghrib, Tan Sri Acryl Sani telah meluangkan masa hadir ke Surau Al-Muhajirin Perumahan Pegawai Kanan Polis Jalan Sungai Dua, Gelugor dan bersama-sama warga kerja Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut menunaikan solat Isyak serta tarawih sebelum berangkat pulang ke Kuala Lumpur.
Jurugambar: Inspektor Afiq Nashriq Mohamed Yusof dan Konstabel Muhammad Azri Mohd Sabri.




