Oleh : L/Kpl Sathish Menon A/L Silvaraman
Bukit Aman, 17 Jun – Dalam menghitung hari sebelum tiba perayaan Hari Raya Aidilfitri, Persatuan Keluarga Polis ( PERKEP ) Malaysia telah menganjurkan Majlis Pembungkusan Kuih Raya di Mess Pegawai Kanan, di sini, pagi tadi.
Dengan dihadiri kira-kira 150 ahli PERKEP serta warga kerja Bukit Aman telah berjaya membungkus 3,672 kuih raya di mana bungkusan tersebut akan diagihkan mengikut jabatan, pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang bertugas pada hari lebaran kelak.
Turut hadir memeriahkan majlis, Puan Sri Dato’ Imran Ibrahim, Pengerusi PERKEP Malaysia dan Puan Sri Datin Sri Shahriza Saad @ Mansor, Naib Pengerusi PERKEP Malaysia.
Sekitar Majlis Pembungkusan Kuih Raya PDRM