Majlis Pelancaran Penghantaran Kertas Jawapan Peperiksaan Pdrm Ptk Melalui Perkhidmatan Pos Malaysia
Shah Alam, Selangor - 4 September 2008. Majlis Pelancaran Kertas Jawapan Peperiksaan PDRM/PTK Melalui Perkhidmatan Pos Malaysia Berhad telah disempurnakan oleh YDH DCP Dato' Acryl Sani bin Haji Abdullah Sani, Timbalan Pengarah Pengurusan (Latihan) PDRMdan Y.Bhg Encik Mohamed Hazlan bin Mohamad Hussain, Ketua Pegawai Operasi Pos Malaysia Berhad di Pejabat Pos Shah Alam, Selangor.
Hadir sama di majlis tersebut ialah YDH ACP Mazlan bin Kesah, Penolong Pengarah Latihan (Peperiksaan/PTK), Supt. Zubaidah bt Abdul Majid, Ketua Unit PTK (Peperiksaan), Y.Bhg Puan Mearia Hamzah, Ketua Pegawai Operasi PosNiaga, Y.Bhg Tuan Haji Wan Sharpudin bin Wan Ramli, Pengurus Negeri Pos Malaysia Selangor, Ketua-ketua Jabatan dan Pegawai-pegawai Kanan PDRM serta Pegawai-pegawai dan kakitangan Pos Malaysia Berhad.
Cawangan Peperiksaan, Bahagian Latihan Bukit Aman adalah merupakan cawangan yang bertanggungjawab mengendalikan Peperiksaan Undang-Undang dan Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) Polis Diraja Malaysia. Pada masa ini sebanyak 17 pusat peperiksaan diseluruh kontinjen/briged/formasi mengendalikan peperiksaan bagi pegawai kanan polis manakala 56 pusat lagi mengendalikan peperiksaan bagi pegawai pangkat rendah.
Sejak peperiksaan tersebut diperkenalkan hingga kini, proses penghantaran kertas jawapan peperiksaan oleh kontinjen/briged/formasi ke Cawangan Peperiksaan Bukit Aman adalah secara manual iaitu termasuk proses untuk mengatur dan membuat penghantaran, yang telah memakan masa yang panjang.
Sehubungan dengan itu, satu arahan pentadbiran PDRM Bilangan 17/2008 berhubung penghantaran kertas jawapan peperiksaan PDRM dengan Pos Malaysia Berhad telahpun dikeluarkan oleh YDH Pengarah Pengurusan PDRM pada 28 Julai 2008. Ianya adalah sebagai panduan bagi melicinkan proses penghantaran tersebut.
Dengan pelaksanaan tersebut, ianya akan dapat mencapai matlamat untuk memastikan pengurusan dan penghantaran kertas jawapan peperiksaan PDRM daripada pusat-pusat peperiksaan ke Cawangan Peperiksaan Bukit Aman dapat dilaksanakan dalam tempoh tidak melebihi tiga (3) hari dan keputusan peperiksaan dapat diumumkan dalam masa tiga(3) bulan daripada tarikh peperiksaan dijalankan.
Melalui kerjasama ini juga, PDRM boleh menghantar kertas jawapan peperiksaan ke 687 rangkaian Pejabat Pos diseluruh Malaysia untuk dihantar terus ke Ibu Pejabat Polis Bukit Aman. Pemprosesan tersebut akan dikendalikan oleh Pusat Bungkusan PMB dan menggunakan sistem e-parcel bagi merekod proses penghantaran serta bagi memastikan ianya dikendalikan dengan selamat dan terjamin.

dari kiri...Y.Bhg Puan Mearia Hamzah, Ketua Pegawai Operasi PosNiaga, .Bhg Encik Mohamed Hazlan bin Mohamad Hussain, Ketua Pegawai Operasi Pos Malaysia Berhad, YDH DCP Dato' Acryl Sani bin Haji Abdullah Sani, Timbalan Pengarah Pengurusan (Latihan) PDRMdan YDH ACP Mazlan bin Kesah, Penolong Pengarah Latihan (Peperiksaan/PTK).

Antara Pegawai-pegawai dan kakitangan Pos Malaysia Berhad yang hadir

Pegawai-pegawai Kanan PDRM yang hadir

Ucapan oleh YDH DCP Dato' Acryl Sani bin Haji Abdullah Sani

YDH DCP Dato' Acryl Sani bin Haji Abdullah Sani menandatangani akuan pengirim kepada Pos Malaysia Berhad

Gimik pelancaran..sebanyak 56 ekor burung merpati dilepaskan sebagai simbol penghantaran kertas jawapan peperiksaan kepada 56 pusat peperiksaan.

Cenderahati daripada Pos Malaysia Berhad kepada Polis Diraja Malaysia

YDH DCP Dato' Acryl Sani bin Haji Abdullah Sani, Timbalan Pengarah Pengurusan (Latihan) PDRMmenyampaikan cenderahati kepadaY.Bhg Encik Mohamed Hazlan bin Mohamad Hussain