Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Majlis Pelancaran Ops Sikap Xxii 2010

Diterbitkan: 10 Jun 2014 3.26 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.46 AM
Seramai empat ribu pegawai dan anggota polis akan terlibat di dalam edisi ke-22 Ops Sikap ini di seluruh negara dalam memastikan keselamatan di jalan raya sepanjang musim perayaan. Pihak polis yang te..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/majlis-pelancaran-ops-sikap-xxii-2010
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 04:53 MYT

Kuala Lumpur - 1 September 2010. Telekom Malaysia Berhad (TM) dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia hari ini melancarkan kempen tahunan Ops Sikap yang akan berlangsung selama dua minggu dari 3 hingga 17 September 2010.

Bertemakan 'Selamat Sampai Ke Destinasi', Kempen Ops Sikap XXII (Ke-22) Tahun 2010 ini juga dilancarkan serentak di seluruh negara dan majlis pelancaran disempurnakan oleh YB Datuk Wira Abu Seman bin Haji Yusop, Timbalan Menteri Dalam Negeri.

Turut hadir di Majlis Pelancaran Ops Sikap XXII 2010 ialah YDH Tan Sri Musa bin Tan Sri Haji Hassan, Ketua Polis Negara, Y.Bhg Datuk Dr. Halim Shafie, Pengerusi TM, Y.Bhg Dato' Sri Zamzamzairani Mohd Isa, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan TM, YDH CP Dato' Hussin bin Hj. Ismail, Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam, YDH CP Dato' Mohamad Fuzi bin Harun, Pengarah Pasukan Petugas Khas, Y.Bhg. Dato' Hj. Solah bin Mat Hassan, Pengarah JPJ, YDH SAC Dato' Abd Aziz bin Yusof, Ketua Trafik Pasukan serta Pegawai-pegawai Kanan PDRM dan Telekom.

Dengan cuti musim perayaan menyambut Hari Raya Aidil Fitri yang semakin hampir, kempen keselamatan jalan raya ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran dikalangan orang awam mengenai cara pemanduan yang selamat untuk sampai ke destinasi masing-masing.

Seramai empat ribu pegawai dan anggota polis akan terlibat di dalam edisi ke-22 Ops Sikap ini di seluruh negara dalam memastikan keselamatan di jalan raya sepanjang musim perayaan. Pihak polis yang terlibat turut merangkumi anggota dari daerah-daerah seperti Cawangan Motor Patrol Vehicle (MPV), tugas am, bilik gerakan dan juga Ketua Polis Daerah yang akan ditempatkan di lebih dari 100 titik panas (kawasaan kemalangan tinggi) sepanjang jalanraya persekutuan dan juga lebuhraya. Selain itu, cuti bagi semua pegawai dan anggota Cawangan Trafik seluruh negara akan dibekukan untuk menjalankan tugas selama tempoh Ops Sikap Ke-22 ini.

TM menyokong kempen kemasyarakatan ini dengan menyediakan sejumlah 105 buah kanopi yang dilengkapi dengan kerusi meja dan lampu yang boleh dicas semula untuk kegunaan pihak polis di lokasi-lokasi strategik. Selain itu, TM juga mencetak pelbagai bahan publisiti merangkumi 3,500 poster, 1,000 banting, 50 kain rentang, 7,000 pelekat kereta, 20,000 pelekat motosikal, 10,000 Buku Maklumat Trafik PDRM dan juga 400 kad panggilan prabayar iTalk.

Sebagaimana kempen-kempen yang diadakan sebelum ini, Ops Sikap Ke-22 ini juga melibatkan agensi-agensi kerajaan dan juga swasta seperti Kementerian Kerja Raya, Jabatan Pengangkutan Jalan, Bomba & Penyelamat, Jabatan Pertahanan Awam, PLUS Expressway, St. John Ambulance, Persatuan Bulan Sabit Merah, Malaysian Institute of Road Safety Research (MIROS), Persatuan-persatuan Penguasaha Lori, Bas dan Teksi.

"Patuhilah undang-undang  dan peraturan lalulintas supaya tidak mendatangkan bahaya kepada nyawa, diri sendiri dan orang lain seperti memandu melebihi had laju, memandu secara melulu, memotong Q, memotong di garisan berkembar, memandu di lorong kecemasan dan melakukan pelbagai kesalahan yang menjurus ke arah kemalangan" nasihat YDH Ketua Polis Negara kepada pengguna jalanraya semasa ucapannya.

"Biarlah lambat sedikit, asalkan selamat sampai ke destinasi bagi memastikan diri sendiri, ahli kelurga dan pengguna jalan raya yang lain tidak menjadi mangsa kemalangan"

Bersempena dengan pelancaran kempen ini, Polis Diraja Malaysia turut melancarkan talian bebas tol Ops Sikap iaitu 1800 88 1412 yang disediakan oleh Telekom Malaysia. Para pengguna jalanraya boleh menggunakan talian bebas tol tersebut untuk melaporkan kesesakan trafik, kemalangan jalan raya, meminta bantuan, mendapatkan laporan jalan raya dan lain-lain lagi.

Majlis Pelancaran Ops Sikap Xxii 2010
Majlis Pelancaran Ops Sikap XXII 2010 di Menara Telekom Malaysia, Jalan Pantai Baharu, Kuala Lumpur

Majlis Pelancaran Ops Sikap Xxii 2010
Ucapan aluan oleh Y.Bhg Datuk Dr. Halim Shafie, Pengerusi TM

Majlis Pelancaran Ops Sikap Xxii 2010
Majlis Pelancaran Ops Sikap XXII Tahun 2010 oleh YB Datuk Wira Abu Seman Yusop

Majlis Pelancaran Ops Sikap Xxii 2010
Cenderahati dari TM kepada YB Datuk Wira Abu Seman Yusop

Majlis Pelancaran Ops Sikap Xxii 2010
Y.Bhg Datuk Dr. Halim Shafie, Pengerusi TM menyampaikan cenderahati kepada YDH Tan Sri Musa bin Tan Sri Haji Hassan, Ketua Polis Negara

Majlis Pelancaran Ops Sikap Xxii 2010
Telekom Malaysia telah menyumbangkan sebanyak 105 buah kanopi yang dilengkapi dengan kerusi meja dan lampu yang boleh dicas semula untuk kegunaan pihak polis sepanjang kempen Ops Sikap XXII Tahun 2010

Majlis Pelancaran Ops Sikap Xxii 2010
'Flag Off' Pasukan Pemantau Ops Sikap XXII dan pengguna jalanraya.

Majlis Pelancaran Ops Sikap Xxii 2010
Pasukan Pemantau dari Jabatan Bomba & Penyelamat Malaysia

Majlis Pelancaran Ops Sikap Xxii 2010
YDH Tan Sri Musa bin Tan Sri Haji Hassan bersama Y.Bhg Dato' Sri Zamzamzairani Mohd Isa, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan TM menyampaikan cenderahati kepada pengguna jalanraya.

Majlis Pelancaran Ops Sikap Xxii 2010
YB Datuk Wira Abu Seman Yusop melekatkan pelekat kempen Ops Sikap XXII

ArtikelDiterbitkan 10 Jun 2014 3.26 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.46 AM