Majlis Meraikan Atlet World Police Fire Games 2013
MAJLIS MERAIKAN ATLET WORLD POLICE & FIRE GAMES 2013
BUKIT
AMAN, 1 Oktober - Bertempat di Mess Pegawai Kanan, berlangsungnya satu
Majlis Meraikan Atlet 'World Police & Fire Games' 2013.
Majlis
gilang-gemilang ini dihadiri oleh Tan Sri Dato' Sri Khalid bin Abu
Bakar, Ketua Polis Negara dan Datuk Mortadza bin Nazarene, Pengarah
Pengurusan PDRM.
PDRM
telah mengharumkan nama pasukan amnya dan nama negara Malaysia khasnya
dalam Kejohanan Sukan Polis dan Bomba Sedunia yang telah berlangsung di
Belfast, Ireland Utara pada 1 hingga 10 Ogos yang lalu.
Kontinjen
daripada Negara Malaysia terdiri daripada seramai 58 orang atlet.
Atlet-atlet yang mengambil bahagian dalam kejohanan yang terdiri
daripada 5 kategori iaitu golf, seni bina badan, badminton, olahraga,
bowling padang dan squash.
Daripada kategori itu, Kontinjen Malaysia telah Berjaya memungut sebanyak 8 pingat emas, 14 perak dan 10 pingat gangsa.
"Kejayaan
yang diperoleh ini merupakan kejayaan yang sangat bermakna sekali gus
telah mengangkat martabat dan nama PDRM khususnya dan negara amnya",
ujar YDH Tan Sri Dato' Sri Khalid bin Abu Bakar, Ketua Polis Negara
menutup ucapan beliau.

Ketibaan YDH Tan Sri Dato' Sri Khalid bin Abu Bakar, Ketua Polis Negara

Datuk Mortadza bin Nazarene, Pengarah Pengurusan mengiringi YDH Tan Sri Dato' Sri Khalid bin Abu Bakar, Ketua Polis Negara




Antara yang hadir

Majlis dimeriahkan oleh Queentect PDRM

Ucapan YDH Tan Sri Dato' Sri Khalid bin Abu Bakar, Ketua Polis Negara
