Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Majlis Menandatangani Surat Setuju Terima Kolaborasi Latihan Antara Pdrm Dan Universiti Derby

Published: 10 Mar 2015 2.00 PM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
Buat julung kalinya, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Universiti Derby telah melakar sejarah dengan melakukan kolaborasi dalam inovasi latihan asas kepolisan dalam satu majlis menandatangani Surat Setuju Terima Kolaborasi Latihan Asas Kepolisan Antara PDRM Dan Universiti Derby yang telah berlangsung di Dewan Bankuet, Maktab PDRM Kuala Lumpur, semalam.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/majlis-menandatangani-surat-setuju-terima-kolaborasi-latihan-antara-pdrm-dan-universiti-derby
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 23:49 MYT

Kuala Lumpur, 9 Mac – Buat julung kalinya, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Universiti Derby telah melakar sejarah dengan melakukan kolaborasi dalam inovasi latihan asas kepolisan dalam satu majlis menandatangani Surat Setuju Terima Kolaborasi Latihan Asas Kepolisan Antara PDRM Dan Universiti Derby yang telah berlangsung di Dewan Bankuet, Maktab PDRM Kuala Lumpur, semalam.

Surat Setuju Terima Kolaborasi Latihan antara kerajaan Malaysia dan Universiti Derby ini telah ditandatangani oleh Timbalan Ketua Setiausaha Kanan Kementerian Dalam Negeri, Dato’ Sri Adenan Ab Rahman dan Naib Canselor Universiti Derby, Prof. John Coyne.

Kolaborasi akademik ini sejajar dengan visi PDRM bagi latihan asas kepolisan, dimana ianya bertujuan untuk membina latihan kepolisan yang moden dan bertaraf antarabangsa melalui latihan yang dinamik.

Kedua-dua pihak, PDRM dan Universiti Derby amat komited dalam menyediakan anugerah yang berkualiti, melalui taraf pembelajaran yang tertinggi.

Program akreditasi ini selari dengan misi-misi kedua-dua organisasi untuk mencapai kecemerlangan, dalam konteks kepolisan yang bertaraf dunia, menggalakkan pemikiran yang asli dan menetapkan tanda aras akreditasi untuk latihan yang memenuhi keperluan pelajar-pelajar.

Turut hadir, Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato’ Sri Khalid Abu Bakar, British High Commissioner Kuala Lumpur, Victoria Marguerite Treadell dan Timbalan Ketua Polis Negara, Dato’ Sri Noor Rashid Ibrahim.

Majlis Menandatangani Surat Setuju Terima Kolaborasi Latihan Antara Pdrm Dan Universiti Derby
Pertukaran Dokumen di antara Dato' Sri Adenan Bin Ab Rahman, Timbalan Ketua Setiausaha Kanan KDN dan Prof, John Coyne, Naik Canselor Universiti Derby..

Majlis Menandatangani Surat Setuju Terima Kolaborasi Latihan Antara Pdrm Dan Universiti Derby
Sesi bergambar kenangan...

Majlis Menandatangani Surat Setuju Terima Kolaborasi Latihan Antara Pdrm Dan Universiti Derby
Antara yang hadir..

ArticlePublished 10 Mar 2015 2.00 PMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM