Majlis Menandatangani S O P Penyelarasan Penguatkuasaan Agensi Agensi Penguatkuasaan Pengangkutan J
"...Standard
Operating Procedure (SOP) Penyelarasan Penguatkuasa Agensi-Agensi
Penguatkuasaan Pengangkutan Jalan Malaysia merupakan satu garis panduan
lengkap yang telah dihasilkan susulan daripada Mesyuarat Khas
Suruhanjaya Khas mengkaji transformasi perkhidmatan awam pada 31 Julai
2012 yang dipengerusikan oleh Yang Amat Berbahagia Tun Zaki bin Tun Azmi
Pengerusi Suruhanjaya Khas Mengkaji Transformasi Perkhidmatan Awam..." - YDH Ketua Polis Negara
BUKIT
AMAN, 9 Oktober - "PDRM telah mengambil tanggungjawab ini untuk
menghasilkan satu Standard Operating Procedure (SOP) yang menggariskan
bidang tugas serta peranan setiap agensi dalam menjalankan operasi
terancang dan operasi bersama agar lebih selaras dan efektif," ujar YDH
Tan Sri Dato' Seri Haji Ismail bin Haji Omar, Ketua Polis Negara, hari
ini.
SOP ini juga telah menetapkan beberapa perkara seperti:
• Dalam operasi bersama, PDRM telah ditetapkan sebagai lead agency dan
selain PDRM, agensi-agensi lain boleh menjadi host agency mengikut
keperluan dan akan diputuskan dalam mesyuarat berkala jawatankuasa
penyelaras operasi.
•
Jawatankuasa Penyelaras Operasi Agensi Penguatkuasaan Pengangkutan
Jalan akan berfungsi secara kekal dan bermesyuarat sekurang-kurangnya 3
bulan sekali bagi menyelaras semua operasi yang dijalankan oleh agensi
penguatkuasaan pengangkutan jalan; dan
•
Skop SOP ini merangkumi prosedur kerja dalam operasi terancang agensi
dan juga operasi bersama yang meliputi penyelarasan tugas, perancangan
operasi, hebahan media dan penilaian operasi.
Tambah
beliau, jika diteliti, objektif SOP ini adalah untuk menyelaras bentuk
penugasan kesemua agensi agar sistem pengangkutan jalan di dalam negara
menjadi lebih baik, terutamanya di era kini yang menyaksikan peningkatan
mendadak dalam penggunaan jalan raya dan perancangan strategik dalam
mengendalikan sistem ini akan menjadi imperatif kepada semua agensi.
"Dengan
adanya beberapa rangka tindakan penyelesaian ini diharap rungutan orang
ramai mengenai ketidakselarasan dan pertindihan fungsi agensi
penguatkuasaan pengangkutan jalan akan dapat diminimumkan ke arah sifar
rungutan rakyat," akhiri beliau.
Turut
hadir YDH Datuk Wira Salleh bin Mat Rasid, Pengarah Jabatan Keselamatan
Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDN/KA) PDRM, Pengarah-pengarah
PDRM, YDH SAC Dato' Abdul Aziz bin Yusof, Ketua Trafik Pasukan PDRM,
Y.Bhg Datuk Salleh bin Yusup, Ketua Pengarah Dewan Bandaraya Kuala
Lumpur, Y.Bhg Encik Gerald Leslie Leon, Ketua Pengarah Jabatan
Keselamatan Jalan Raya (JKJR), Y.Bhg Profesor Dr. Wong Shaw Voon, Ketua
Pengarah MIROS, Y.Bhg Dato' Ismail bin Ahmad, Timbalan Ketua Pengarah
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Y.Bhg Encik Mohd Nur Ismal bin Mohamed
Kamal, Ketua Pegawai Eksekutif Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Darat
(SPAD), Y.Bhg Tuan Haji Tamjis bin Dasim, Timbalan Pengarah Penguatkuasa
Perbandaran Putrajaya (PPJ), jemputan-jemputan khas dan wakil-wakil
media.