Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Majlis Malam Mess Penutupan Kursus Perintah Tinggi Antarabangsa Ke 36

Diterbitkan: 10 Jun 2014 6.07 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.46 AM
Seramai 45 orang peserta dari luar dan dalam negara telah menamatkan Kursus Perintah Tinggi Antarabangsa Ke-36, yang bermula pada 4 Oktober 2010 sehingga 29 Oktober 2010..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/majlis-malam-mess-penutupan-kursus-perintah-tinggi-antarabangsa-ke-36
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 12:46 MYT

Cheras - 29 Oktober 2010. Seramai 47 orang peserta dari luar dan dalam negara telah menamatkan Kursus Perintah Tinggi Antarabangsa Ke-36, yang bermula pada 4 Oktober 2010 sehingga 29 Oktober 2010 di Maktab Polis Diraja Malaysia, Kuala Lumpur.

Penyertaan tahun ini adalah yang teramai sekali di mana, 8 orang pegawai wanita telah menghadiri kursus ini termasuk seorang dari Kastam Diraja Malaysia dan dari jumlah 47 orang peserta kursus, seramai 14 orang Pegawai Kanan PDRM termasuk seorang pegawai wanita telah menghadiri kursus tersebut. Pegawai-pegawai Kanan Polis yang menghadiri kursus ini adalah berpangkat Superintenden sehingga ke Senior Asisten Komisioner Polis.

Peserta-peserta luar negara yang hadir ialah dari negara Australia, Brunei, Kemboja, Republik Rakyat China, Fiji, Hong Kong, Indonesia, Jordan, Korea, Lesotho, Malawi, Maldives, Myanmar, Nigeria, New Zeland, Oman, Papua New Guinea, Filippina, Singapura, Afrika Selatan, Sri Lanka, Sudan, Swaziland, Taiwan, Thailand, Turki, Vietnam, Zimbabwe, Laos dan Seychelles.

Kursus ini mula diperkenalkan pada tahun 1967 di Maktab Kuala Kubu Baru, bertujuan untuk mempersiapkan Pegawai-pegawai Kanan Polis dalam menjawat kedudukan yang lebih tinggi dalam pasukan, baik dari segi pengetahuan dan kemahiran kepolisan.

Objektif kursus ini ialah untuk meningkatkan kemahiran dalam kepimpinan, memahami isu-isu global dalam kepolisan, memahami perkembangan terkini, pengurusan organisasi polis serta mengukuhkan jaringan kerjasama antara polis antarabangsa dari pelbagai sudut.

Sepanjang 4 minggu berada di Maktab Polis Diraja Malaysia Kuala Lumpur, peserta-pesrta kursus telah mengadakan lawatan sambil belajar di beberapa tempat yang menarik dan bersejarah seperti  PULAPOL Langkawi dan sekitar Pulau Langkawi, Genting Highland, Bandar Kuantan, Menara Berkembar Petronas, Melaka Bandaraya Bersejarah, PULAPOL Kuala Lumpur, Muzium PDRM, Pangkalan Marin Putrajaya, Cyberjaya dan Putrajaya.

Selain itu, sebanyak 47 Kertas Kerja telah dibentangkan oleh setiap wakil sepanjanag kursus ini, diskusi dan bengkel serta menghadiri syarahan.

Majlis Malam Mess & Penutupan Kursus Perintah Tinggi Antarabangsa Ke-36 telah disempurnakan oleh YDH CP Dato' Wira Syed Ismail bin Syed Azizan, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil di Dewan Bankuet, Maktab PDRM Kuala Lumpur pada malam tadi.

Turut hadir YDH SAC Dato' Shahbudin bin Abdul Wahab, Komandan Maktab PDRM Kuala Lumpur, YDH DCP Dato' Acryl Sani bin Abdullah Sani, Timbalan Pengarah Siasatan/Perancangan JSJ, YDH DCP Dato' Leo Chong Cheong, Timbalan Pengarah II Cawangan Khas, Dif-dif jemputan serta Pegawai-pegawai Kanan PDRM dan peserta-peserta kursus.

"Saya berharap, pengetahuan dan pengalaman yang diperolehi sepanjang kursus in diadakan, amat berguna kepada semua peserta kursus bagi menghadapai cabaran di masa hadapan".

"Kursus ini juga akan menjalinkan jaringan kerjasama yang lebih baik, perpaduan dan persahabatan yang lebih erat antara semua peserta kursus", antara teks ucapan YDH Ketua Polis Negara yang disampaikan oleh YDH CP Dato' Wira Syed Ismail bin Syed Azizan.

Majlis Malam Mess Penutupan Kursus Perintah Tinggi Antarabangsa Ke 36
Antara peserta-peserta Kursus Perintah Tinggi Antarabangsa Ke-36

Majlis Malam Mess Penutupan Kursus Perintah Tinggi Antarabangsa Ke 36
Pegawai-pegawai Kanan PDRM bergambar kenangan bersama rakan-rakan dari luar negara

Majlis Malam Mess Penutupan Kursus Perintah Tinggi Antarabangsa Ke 36
Segak dan bergaya dengan baju istiadat masing-masing...

Majlis Malam Mess Penutupan Kursus Perintah Tinggi Antarabangsa Ke 36
dari kiri...Mr. Andrew Moon Kyeong Hwan dari Korea, ACP Salehhudin bin Abd Rahman, PDRM dan Col. Sahem Sami Al-Majali dari Jordan.

Majlis Malam Mess Penutupan Kursus Perintah Tinggi Antarabangsa Ke 36
Panji PDRM diarak masuk ke dalam dewan.

Majlis Malam Mess Penutupan Kursus Perintah Tinggi Antarabangsa Ke 36
dari kiri...YDH DCP Dato' Acryl Sani bin Abdullah Sani, YBhg. Dr DD Ranasinghe, Duta Sri lanka, YDH SAC Dato' Shahbudin bin Abdul Wahab, YDH CP Dato' Wira Syed Ismail bin Syed Azizan dan YBhg. Chai Xi dari Kedutaan Republik Rakyat China.

Majlis Malam Mess Penutupan Kursus Perintah Tinggi Antarabangsa Ke 36
Duta dari Papua New Guinea dan Zimbawe bersama Pegawai-pegawai Kanan PDRM di meja utama.

Majlis Malam Mess Penutupan Kursus Perintah Tinggi Antarabangsa Ke 36
Wakil peserta kursus, Senior Superintenden Ram Chetty dari Fiji menyampaikan ucapan aluan.

Majlis Malam Mess Penutupan Kursus Perintah Tinggi Antarabangsa Ke 36
Ucapan penutupan  Kursus Perintah Tinggi Antarabangsa Ke-36, teks ucapan YDH Ketua Polis Negara yang disampaikan oleh YDH CP Dato' Wira Syed Ismail bin Syed Azizan, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil

Majlis Malam Mess Penutupan Kursus Perintah Tinggi Antarabangsa Ke 36
Federal Agent (FA) Micheal Jarrat dari Australia menerima Sijil Penyertaan dari YDH CP Dato' Wira Syed Ismail bin Syed Azizan, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil

Majlis Malam Mess Penutupan Kursus Perintah Tinggi Antarabangsa Ke 36
kanan...YDH SAC Dato' Shahbudin bin Abdul Wahab, Komandan Maktab PDRM Kuala Lumpur menerima cenderahati dari peserta-peserta kursus

Majlis Malam Mess Penutupan Kursus Perintah Tinggi Antarabangsa Ke 36
Quintet PDRM dan Kombo PDRM serta Badan Kebudayaan dari Pelancongan Malaysia menghiburkan tetamu..

ArtikelDiterbitkan 10 Jun 2014 6.07 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.46 AM