Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Majlis Komuniti Harmoni 1 Malaysia

Diterbitkan: 10 Jun 2014 2.16 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.46 AM
Pelbagai acara menarik telah disediakan untuk majlis ini. Antaranya pameran oleh agensi kerajaan dari Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, , Dewan Bandaraya Kuala Lumpur..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/majlis-komuniti-harmoni-1-malaysia
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 19:08 MYT

Sentul - 18 April 2010.  Majlis Komuniti Harmoni 1 Malaysia telah berlangsung di Padang Letak Kereta Perumahan Awam DBKL Seri Terengganu pada pagi ini hingga jam 1.00 petang.

Majlis ini adalah anjuran Rukun Tetangga Perumahan Awam DBKL Seri Terengganu, Persatuan Penduduk Perumahan  Awam Parsel S Sentul dan Persatuan Penduduk Seri Wilayah.

 Majlis Komuniti Harmoni 1 Malaysia telah dirasmikan oleh YBhg. Encik Lim Si Pin, wakil YB Senator Tan Sri Dr Tsu Koon (Menteri di Jabatan Perdana Menteri). Turut hadir ialah Sub Inspektor Mat Sa bin Suboh, Timbalan Ketua Balai Polis Sentul serta anggota-anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul.

Pelbagai acara menarik telah disediakan untuk majlis ini. Antaranya pameran oleh agensi kerajaan dari Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Agensi Anti Dadah Kebangsaan dan Polis Diraja Malaysia. Cawangan Hal Ehwal Awam, Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul  juga mengadakan pameran Pencegahan Jenayah & Pendaftaran Rakan Cop. Selain itu, aturcara lain seperti acara sukaneka, pertandingan melukis, pertandingan gubahan serta lain-lain acara juga diadakan. 

YBhg. Encik Lim Si Pin juga telah menyampaikan sumbangan beras kepada warga emas, warga miskin dan orang kurang upaya (OKU) di kawasan tersebut. 

Majlis Komuniti Harmoni 1 Malaysia
YBhg. Encik Lim Si Pin (tiga dari kiri) dan Sub Inspektor Mat Sa bin Suboh, Timbalan Ketua Balai Polis Sentul bergambar di gerai pameran Cawangan Hal Ehwal Awam, Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul.

ArtikelDiterbitkan 10 Jun 2014 2.16 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.46 AM