Majlis Jamuan Raya Peringkat Jabatan Kdnka Bukit Aman 2016
Oleh : Kpl Edwind Indo
BUKIT AMAN, 15 Julai – Warga Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Kenteraman Awam (KDN/KA) hadir pada Majlis Jamuan Raya Peringkat Jabatan KDNKA Bukit Aman 2016, di Dewan Sajian, Tingkat 29, hari ini.
Majlis rumah terbuka dimulakan sejurus ketibaan Pengarah Jabatan KDN/KA, CP Dato’ Sri Muhammad Sabtu Osman. Pelbagai juadah dan hidangan disajikan kepada warga yang hadir.
Majlis itu turut dimeriahkan lagi dengan persembahan mantap kumpulan Band Green, Jabatan KDNKA.
Antara yang hadir Timbalan Pengarah Ii KDN/KA (Pentadbiran), DCP Dato' Amer Bin Haji Awal, Timalan Pengarah Jabatan KDN/KA Pasukan Gerakan Am (PGA), DCP Dato' Azman Bin Yusof, Pegawai Kanan Polis warga KDN/KA.
Pengarah Jabatan KDN/KA, CP Dato’ Sri Muhammad Sabtu Osman bersama warga KDN/KA turut meraih ulang tahun kelahiran pada Jun lalu