Majlis Jalinan Ramadhan Bersama Atm Dan Pdrm
Kuala Lumpur - 14 September 2009. Pergerakan Wanita UMNO seperti lazimnya pada setiap tahun, telah mengatur inisiatif murni dengan menghulurkan sumbangan bungkusan Hari Raya untuk diagih-agihkan kepada warga Polis Diraja Malaysia dan Angkatan Tentera Malaysia bersempena dengan Majlis Jalinan Ramadhan Bersama ATM Dan PDRM.
Majlis telah disempurnakan oleh YB Senator Dato' Sri Shahrizat Abdul Jalil, Ketua Pergerakan Wanita UMNO Malaysia di Sultan Ballroom, Hotel Le Meridien, Kuala Lumpur.
Hadir di majlis tersebut ialah YDH Tan Sri Musa bin Tan Sri Haji Hassan, Ketua Polis Negara bersama Puan Sri Juriah binti Dato' Ahmad, Pengerusi PERKEP Malaysia, Y.Bhg. Jeneral Tan Sri Dato' Sri Azizan bin Ariffin, Panglima Angkatan Tentera Malaysia dan Y.Bhg. Puan Sri Datin Sri Noorainee binti Rahim, Y.Bhg. Dato' Hajah Kamilia binti Dato' Ibrahim, Naib Ketua Pergerakan Wanita UMNO Malaysia, YDH Dato' Pengarah-Pengarah PDRM dan isteri, Y.Bhg. Timbalan-timbalan Panglima ATM Darat, Laut dan Udara serta isteri, barisan Exco Pergerakan Wanita UMNO Malaysia serta Pegawai-pegawai Kanan PDRM dan ATM.
Tradisi memberi sumbangan bungkusan Hari Raya oleh Pergerakan Wanita UMNO Malaysia ini telah berlangsung begitu lama dan menjadi satu budaya yang murni sejak sembilan tahun lalu. Ianya bukan sahaja simbol keprihatinan Wanita UMNO, tetapi juga menjadi lambang rasa kasih yang menyemarakkan lagi naluri kepada warga PDRM dan ATM untuk terus memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat walaupun terpaksa menempuhi lautan yang penuh dengan ombak dan cabaran masa kini.
Sebanyak 6,000 bungkusan Hari Raya telah diagih-agihkan kepada PDRM dan ATM yang bertugas semasa Hari Raya. Sumbangan ini sudah tentu akan menjadi penawar dan pengubat rindu kepada isteri, anak-anak, keluarga dan rakan taulan ketika warga PDRM dan ATM bertugas semasa Hari Raya nanti yang terpaksa berkorban meninggalkan kegembiraan dan kemeriahan Hari Raya, kerana tuntutan perkhidmatan kepada nusa dan bangsa.
Turun Ke Lembah, Mencari Pesaka,
Tersepak Ranting, Takkan Binasa,
Biar Kering Selat Melaka,
Budi Wanita UMNO di Kenang Sentiasa.

Majlis Jalinan Ramadhan Bersama Angkatan Tentera Malaysia Dan Polis Diraja Malaysia

YB Senator Dato' Sri Shahrizat Abdul Jalil menyampaikan sebanyak 3,000 bungkusan Hari Raya kepada PDRM

ATM juga menerima sebanyak 3,000 bungkusan Hari Raya

YB Senator Dato' Sri Shahrizat Abdul Jalil menyampaikan cenderahati kepada YDH Tan Sri Musa bin Tan Sri Haji Hassan

Cenderahati kepada YDH CP Datuk Seri Mohd bakri bin Mohd Zinin, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah

YDH CP Dato' Abdul Razak bin Haji Bokhari, Pengarah Pengurusan menerima cenderahati daripada YB Senator Dato' Sri Shahrizat Abdul Jalil

Cenderahati kepada YDH CP Dato' Zul Hasnan Najib bin Baharudin, Pengarah JSJ Narkotik

Cenderahati kepada YDH CP Dato' Mohamad Fuzi din Harun, Pengarah Pasukan Khas