Majlis Gema Puisi Pahlawan Dbp Dengan Kerjasama Pdrm Atm Dan Jlkn
Kuala Lumpur - 31 Oktober 2011
Bulan Bahasa Kebangsaan adalah
merupakan salah satu acara tahunan negara bagi memperkasa bahasa
kebangsaan. Tahun 2011 merupakan tahun ke-13 program ini di adakan. Pada
mulanya, kempen kesedaran bahasa ini dikenali sebagai Minggu Bahasa Kebangsaan (1960), Bulan Bahasa Kebangsaan (1961), Gerakan Cintailah Bahasa Kita (1987), Bulan Bahasa Dan Sastera Negara (1999) dan pada tahun 2009 ditukar semula kepada Bulan Bahasa Kebangsaan.
Matlamat utama Bulan Bahasa Kebangsaan adalah
untuk memperkukuh dan mempamerkan jati diri dan citra bangsa Malaysia,
berteraskan bahasa kebangsaan selain untuk melahirkan generasi masa
depan bangsa Malaysia yang berbangga dengan bahasa kebangsaan sebagai
bahasa pengantar ilmu dan pembina tamadun bangsa. Justeru, agenda untuk
membina negara bangsa berpaksi acuan sendiri dalam era globalisasi dan
dunia tanpa sempadan ini, akan tercapai dengan kesungguhan serta
komitmen yang padu daripada rakyat Malaysia.
Pelbagai aktiviti Bulan Bahasa Kebangsaan yang
terancang dan menyeluruh telah di adakan sepanjang tahun 2011, sama ada
pada peringkat negeri mahupun peringkat kebangsaan. Kemuncak
sambutannya pula berlangsung pada bulan Oktober, selama sebulan di
seluruh negara dengan penglibatan seluruh lapisan masyarakat daripada
pelbagai kaum.
Dewan Bahasa Dan Pustaka dengan kerjasama Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN) dan semua Karyawan serta beberapa orang artis undangan telah menjayakan Majlis Gema Puisi Pahlawan sempena Bulan Bahasa Kebangsaan bagi peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 2011, di Auditorium Dewan Bahasa Dan Pustaka, petang ini.
Hadir
di majlis petang ini ialah YDH SAC Dato' Zaleha binti Abdul Rahman,
Timbalan Pengarah Pengurusan (Pentabdiran), Y.Bhg Dato' Haji Termuzi
Abd. Aziz, Ketua Pengarah Dewan Bahasa Dan Pustaka, YDH ACP Ramli
Mohamed Yoosuf, Penolong Ketua Urus Setia Ketua Polis Negara
(Perhubungan Awam), Y.Bhg Encik Sallehudin bin Abang Shokeran, Pengarah
Jabatan Pengembangan Bahasa Dan Sastera Dewan Bahasa Dan Pustaka,
Pegawai-pegawai Kanan dan para hadirin.
Deklamasi
sajak, gurindam dan syair oleh penyampai-penyampai yang berjiwa seni
telah memperdengarkan keindahan penyampaian malahan memperlihatkan
bentuk serta nilai estetika bahasa Melayu yang tinggi mutunya, di
samping mengandungi mesej yang amat dalam ertinya. Kelunakan suara Y.Bhg
Datuk Salwa Abd Rahman, Y.Bhg Dato' Paduka Julie Sudiro dan adik
Crystal Lee yang bertajuk Lagu Puisi, Pahlawan, Perwiraku dan Nirmala turut memukau para hadirin yang hadir.

Majlis
di mulai dengan nyanyian lagu 'Negaraku' dan 'Bahasa Jiwa
Bangsa'...dari kiri, YDH Supt. Norisah binti Ab. Hamid, Superintendan
Perhubungan Awam, YDH SAC Dato' Zaleha binti Abdul Rahman, Timbalan
Pengarah Pengurusan (Pentadbiran), Y.Bhg. Encik Sallehudin bin Abang
Shokeran, Pengarah Jabatan Pengembangan Bahasa Dan Sastera DBP dan YDH
ACP Ramli Mohamed Yoosuf, Penolong Ketua Urus Setia Ketua Polis Negara
(Perhubungan Awam).

Antara wirawati dari Jabatan Latihan Khidmat Negara dan anggota PDRM yang turut hadir...

Deklamasi Sajak oleh Prof. Madya Dr. Lim Swee Tin, bertajuk 'Ceritera Perjuangan', karyanya sendiri

Gurindam bertajuk 'Semantan' disampaikan oleh Rusmawani Ishak

'Menyusuri Sungai Merdeka' disampaikan oleh PW1 Azamin bin Itam (ATM)

Deklamasi Sajak oleh L/Kpl Nora binti Alun (PDRM) dengan tajuk 'Di Halaman Kembang Sepatu Ini'.

Syair 'Perang Badar' oleh Sjn Andeta Daud (ATM)

Penyampaian syair dan nyanyian lagu puisi oleh Y.Bhg. Datuk Salwa binti Abdul Rahman

Menghayati...Sajak karyanya sendiri, bertajuk 'Bonda' oleh Sdr. Rahmat bin Baba dari JLKN.

'Aku tak rela Melayu bangsaku dipandirkadukkan'...Deklamasi Sajak bertajuk Tok Janggut oleh Sjn Yusuf Ramji (PDRM)

Nyanyian lagu 'Pahlawan' dan 'Perwiraku' oleh Y.Bhg Dato' Paduka Julie Sudiro

Deklamasi Sajak 'Pahlawan Melayu' oleh Lt. Kol. Md. Radzi bin Abd. Hamid

Karya sendiri...Penyampaian Syair dan Nazam oleh Sdr. Roslan Madun

Dari
Sandakan Sabah, adik Crystal Lee menyampaikan sajak dan nyanyian
bertajuk 'Bahasa Melayu Melawan Kembali' dan Nirmala (Siti Norhaliza)

Bersama alunan harmonika...Deklamasi dan nyanyian puisi bertajuk 'Bicara Setia' oleh Sdr. Imuda

Nyanyian lagu puisi oleh Sdr. Amir bin Atan

Deklamasi sajaik oleh adik Afiffudin bin Mat Nordin, bertajuk 'Mantera Anak Wawasan'

Y.Bhg
Dato' Haji Termuzi Abd. Aziz, Ketua Pengarah Dewan Bahasa Dan Pustaka
menyampaikan cenderahati kepada YDH SAC Dato' Zaleha binti Abdul Rahman

Akhir majlis...nyanyian beramai-ramai lagu 'Bahasa Jiwa Bangsa' dan 'Satu Malaysia'
Wartawan : L/Kpl Edwind Indo
Jurufoto : Sjn Zaiddin Dahalan dan L/Kpl Edwind Indo