Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Majlis Gema Puisi Pahlawan Dbp Dengan Kerjasama Pdrm Atm Dan Jlkn

Published: 11 Jun 2014 7.38 AM Updated: 17 Jul 2026 11.46 AM
Dewan Bahasa Dan Pustaka dengan kerjasama Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN) dan semua Karyawan serta beberapa orang artis undangan te..
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/majlis-gema-puisi-pahlawan-dbp-dengan-kerjasama-pdrm-atm-dan-jlkn
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 22:24 MYT

Kuala Lumpur - 31 Oktober 2011

Bulan Bahasa Kebangsaan adalah merupakan salah satu acara tahunan negara bagi memperkasa bahasa kebangsaan. Tahun 2011 merupakan tahun ke-13 program ini di adakan. Pada mulanya, kempen kesedaran bahasa ini dikenali sebagai Minggu Bahasa Kebangsaan (1960), Bulan Bahasa Kebangsaan (1961), Gerakan Cintailah Bahasa Kita (1987), Bulan Bahasa Dan Sastera Negara (1999) dan pada tahun 2009 ditukar semula kepada Bulan Bahasa Kebangsaan.


Matlamat utama Bulan Bahasa Kebangsaan adalah untuk memperkukuh dan mempamerkan jati diri dan citra bangsa Malaysia, berteraskan bahasa kebangsaan selain untuk melahirkan generasi masa depan bangsa Malaysia yang berbangga dengan bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantar ilmu dan pembina tamadun bangsa. Justeru, agenda untuk membina negara bangsa berpaksi acuan sendiri dalam era globalisasi dan dunia tanpa sempadan ini, akan tercapai dengan kesungguhan serta komitmen yang padu daripada rakyat Malaysia.


Pelbagai aktiviti Bulan Bahasa Kebangsaan yang terancang dan menyeluruh telah di adakan sepanjang tahun 2011, sama ada pada peringkat negeri mahupun peringkat kebangsaan. Kemuncak sambutannya pula berlangsung pada bulan Oktober, selama sebulan di seluruh negara dengan penglibatan seluruh lapisan masyarakat daripada pelbagai kaum.

Dewan Bahasa Dan Pustaka dengan kerjasama Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN) dan semua Karyawan serta beberapa orang artis undangan telah menjayakan Majlis Gema Puisi Pahlawan sempena Bulan Bahasa Kebangsaan bagi peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 2011, di Auditorium Dewan Bahasa Dan Pustaka, petang ini.

Hadir di majlis petang ini ialah YDH SAC Dato' Zaleha binti Abdul Rahman, Timbalan Pengarah Pengurusan (Pentabdiran), Y.Bhg Dato' Haji Termuzi Abd. Aziz, Ketua Pengarah Dewan Bahasa Dan Pustaka, YDH ACP Ramli Mohamed Yoosuf, Penolong Ketua Urus Setia Ketua Polis Negara (Perhubungan Awam), Y.Bhg Encik Sallehudin bin Abang Shokeran, Pengarah Jabatan Pengembangan Bahasa Dan Sastera Dewan Bahasa Dan Pustaka, Pegawai-pegawai Kanan dan para hadirin.


Deklamasi sajak, gurindam dan syair oleh penyampai-penyampai yang berjiwa seni telah memperdengarkan keindahan penyampaian malahan memperlihatkan bentuk serta nilai estetika bahasa Melayu yang tinggi mutunya, di samping mengandungi mesej yang amat dalam ertinya. Kelunakan suara Y.Bhg Datuk Salwa Abd Rahman, Y.Bhg Dato' Paduka Julie Sudiro dan adik Crystal Lee yang bertajuk Lagu Puisi, Pahlawan, Perwiraku dan Nirmala turut memukau para hadirin yang hadir.


Majlis Gema Puisi Pahlawan Dbp Dengan Kerjasama Pdrm Atm Dan Jlkn
Majlis di mulai dengan nyanyian lagu 'Negaraku' dan 'Bahasa Jiwa Bangsa'...dari kiri, YDH Supt. Norisah binti Ab. Hamid, Superintendan Perhubungan Awam, YDH SAC Dato' Zaleha binti Abdul Rahman, Timbalan Pengarah Pengurusan (Pentadbiran), Y.Bhg. Encik Sallehudin bin Abang Shokeran, Pengarah Jabatan Pengembangan Bahasa Dan Sastera DBP dan YDH ACP Ramli Mohamed Yoosuf, Penolong Ketua Urus Setia Ketua Polis Negara (Perhubungan Awam). 

Majlis Gema Puisi Pahlawan Dbp Dengan Kerjasama Pdrm Atm Dan Jlkn
Antara wirawati dari Jabatan Latihan Khidmat Negara dan anggota PDRM yang turut hadir...

Majlis Gema Puisi Pahlawan Dbp Dengan Kerjasama Pdrm Atm Dan Jlkn
Deklamasi Sajak oleh Prof. Madya Dr. Lim Swee Tin, bertajuk 'Ceritera Perjuangan', karyanya sendiri

Majlis Gema Puisi Pahlawan Dbp Dengan Kerjasama Pdrm Atm Dan Jlkn
Gurindam bertajuk 'Semantan' disampaikan oleh Rusmawani Ishak

Majlis Gema Puisi Pahlawan Dbp Dengan Kerjasama Pdrm Atm Dan Jlkn
'Menyusuri Sungai Merdeka' disampaikan oleh PW1 Azamin bin Itam (ATM)

Majlis Gema Puisi Pahlawan Dbp Dengan Kerjasama Pdrm Atm Dan Jlkn
Deklamasi Sajak oleh L/Kpl Nora binti Alun (PDRM) dengan tajuk 'Di Halaman Kembang Sepatu Ini'.

Majlis Gema Puisi Pahlawan Dbp Dengan Kerjasama Pdrm Atm Dan Jlkn
Syair 'Perang Badar' oleh Sjn Andeta Daud (ATM)

Majlis Gema Puisi Pahlawan Dbp Dengan Kerjasama Pdrm Atm Dan Jlkn
Penyampaian syair dan nyanyian lagu puisi oleh Y.Bhg. Datuk Salwa binti Abdul Rahman

Majlis Gema Puisi Pahlawan Dbp Dengan Kerjasama Pdrm Atm Dan Jlkn
Menghayati...Sajak karyanya sendiri, bertajuk 'Bonda' oleh Sdr. Rahmat bin Baba dari JLKN.

Majlis Gema Puisi Pahlawan Dbp Dengan Kerjasama Pdrm Atm Dan Jlkn
'Aku tak rela Melayu bangsaku dipandirkadukkan'...Deklamasi Sajak bertajuk Tok Janggut oleh Sjn Yusuf Ramji (PDRM)

Majlis Gema Puisi Pahlawan Dbp Dengan Kerjasama Pdrm Atm Dan Jlkn
Nyanyian lagu 'Pahlawan' dan 'Perwiraku' oleh Y.Bhg Dato' Paduka Julie Sudiro

Majlis Gema Puisi Pahlawan Dbp Dengan Kerjasama Pdrm Atm Dan Jlkn
Deklamasi Sajak 'Pahlawan Melayu' oleh Lt. Kol. Md. Radzi bin Abd. Hamid


Majlis Gema Puisi Pahlawan Dbp Dengan Kerjasama Pdrm Atm Dan Jlkn
Karya sendiri...Penyampaian Syair dan Nazam oleh Sdr. Roslan Madun

Majlis Gema Puisi Pahlawan Dbp Dengan Kerjasama Pdrm Atm Dan Jlkn
Dari Sandakan Sabah, adik Crystal Lee menyampaikan sajak dan nyanyian bertajuk 'Bahasa Melayu Melawan Kembali' dan Nirmala (Siti Norhaliza)

Majlis Gema Puisi Pahlawan Dbp Dengan Kerjasama Pdrm Atm Dan Jlkn
Bersama alunan harmonika...Deklamasi dan nyanyian puisi bertajuk 'Bicara Setia' oleh Sdr. Imuda

Majlis Gema Puisi Pahlawan Dbp Dengan Kerjasama Pdrm Atm Dan Jlkn
Nyanyian lagu puisi oleh Sdr. Amir bin Atan

Majlis Gema Puisi Pahlawan Dbp Dengan Kerjasama Pdrm Atm Dan Jlkn
Deklamasi sajaik oleh adik Afiffudin bin Mat Nordin, bertajuk 'Mantera Anak Wawasan'

Majlis Gema Puisi Pahlawan Dbp Dengan Kerjasama Pdrm Atm Dan Jlkn
Y.Bhg Dato' Haji Termuzi Abd. Aziz, Ketua Pengarah Dewan Bahasa Dan Pustaka menyampaikan cenderahati kepada YDH SAC Dato' Zaleha binti Abdul Rahman

Majlis Gema Puisi Pahlawan Dbp Dengan Kerjasama Pdrm Atm Dan Jlkn
Akhir majlis...nyanyian beramai-ramai lagu 'Bahasa Jiwa Bangsa' dan 'Satu Malaysia'


Wartawan   : L/Kpl Edwind Indo
Jurufoto     : Sjn Zaiddin Dahalan dan L/Kpl Edwind Indo


ArticlePublished 11 Jun 2014 7.38 AMUpdated 17 Jul 2026 11.46 AM