Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Majlis Ceramah Sempena Nuzul Quran

Diterbitkan: 12 Jun 2014 2.44 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.46 AM
Bukit Aman, 10 Ogos 2012 - Nuzul Al-Quran merupakan peristiwa penting yang dilakarkan dan seharusnya dihayati oleh seluruh umat Islam zaman berzaman setiap kali Ramadhan. Menyahut seruan tersebut, ..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/majlis-ceramah-sempena-nuzul-quran
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 07:47 MYT
Oleh : Konst. Muhammad Iqtar Bin Azmi.

Bukit Aman, 10 Ogos 2012 - Nuzul Al-Quran merupakan peristiwa penting yang dilakarkan dan seharusnya dihayati oleh seluruh umat Islam zaman berzaman setiap kali Ramadhan.

Menyahut seruan tersebut, PDRM telah mengadakan sebuah sesi ceramah yang bertajuk "Nuzul Al-Quran:Keindahan Al-Quran Dari Perspektif Sains"  sempena menghayati peristiwa tersebut yang bertempat di Dewan serbaguna  Masjid Bukit Aman.

Ceramah yang disampaikan oleh YBhg.Prof Dr Mohd Arip Kasmo berjaya membuka minda para peserta mengagumi keagungan mukjizat Al-Quran yang menjadi bahan rujukan zaman berzaman berdasarkan bukti-bukti yang diolah secara saintifik dan perkiraan Matematik.

Ceramah kerohanian seumpama ini sedikit sebanyak menyuntik sifat-sifat Mahmudah ke dalam diri para peserta setrusnya akan menjana kualiti kerja yang lebih positif.

Turut Hadir didalam majlis tersebut ialah YDH SAC Dato' Dr. Hj. Hashim Bin Hj. Haron, Timbalan Pengarah Pengurusan Bahagian Agama Dan Kaunseling Merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pentadbiran Masjid Bukit Aman,YBhg Ustaz Che Ilyas Bin Che Ismail, Ketua Penolong Pengarah Agama, YBhg Fadhilatu Sheikh Hj Hassan Al-Fadhli Bin Abdul Rahman Al-Hafiz, Ketua Imam Masjid Bukit Aman, YBhg Ustaz Khwarizman Bin Ismail Ketua Unit Pengimarahan Masjid Surau & KAFA Bahagian Agama & Kaunseling dan pegawai-pegawai kanan PDRM. 

Majlis Ceramah Sempena Nuzul Quran
Pendaftaran Peserta.

Majlis Ceramah Sempena Nuzul Quran
Majlis Ceramah Sempena Nuzul Quran
Majlis Ceramah Sempena Nuzul Quran
Majlis Ceramah Sempena Nuzul Quran
Majlis Ceramah Sempena Nuzul Quran
Sepanjang sesi ceramah dijalankan..

Majlis Ceramah Sempena Nuzul Quran
Sesi Penyampaian cenderamata.
ArtikelDiterbitkan 12 Jun 2014 2.44 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.46 AM