Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Majlis Bersama Pemimpin

Published: 29 Nov 2016 9.42 AM Updated: 17 Jul 2026 11.48 AM
Majlis Bersama Pemimpin sempena Seminar Ketua Polis Daerah Tahun 2016 diadakan di Dewan Sultan Haji Ahmad Shah, Maktab Polis Diraja Malaysia (PDRM), di sini, hari ini.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/majlis-bersama-pemimpin
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 01:51 MYT


Kuala Lumpur, 29 November 2016 - Majlis Bersama Pemimpin sempena Seminar Ketua Polis Daerah Tahun 2016 diadakan di Dewan Sultan Haji Ahmad Shah, Maktab Polis Diraja Malaysia (PDRM), di sini, hari ini.

Majlis ini disertai 152 Ketua-ketua Polis Daerah di seluruh negara dan disempurnakan oleh Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato’ Sri Noor Rashid Ibrahim.

Dalam ucapannya, beliau berkata Ketua-ketua Polis Daerah adalah 'frontliners' dalam perkhidmatan PDRM kepada masyarakat selain menjadi petunjuk penting dalam penilaian prestasi dan mutu perkhidmatan PDRM kepada orang ramai.

"Saya berharap tumpuan yang lebih dapat diberikan kepada operasi-operasi bersepadu, di samping meningkatkan aktiviti pencegahan jenayah seperti Omni Presence, Feet on Street, Rondaan MPV dan URB serta program-program 'Community Policing'," katanya.

Beliau berkata, sebagai pegawai yang berkuasa dan dalam kedudukan yang boleh membasmi gejala-gejala jenayah, Ketua-ketua Polis Daerah harus mengatasi 'fear of crime' di kalangan masyarakat.

Majlis turut dihadiri Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK), CP Dato’ Rusli Ahmad dan Komandan Maktab PDRM Kuala Lumpur, DCP Dato' Shamsiah Mohd Sharif.

Majlis Bersama Pemimpin
Sekitar sesi perbincangan

Majlis Bersama Pemimpin
Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato’ Sri Noor Rashid Ibrahim ketika menyampaikan ucapan

Majlis Bersama Pemimpin
Antara barisan pegawai kanan PDRM yang hadir di Majlis Bersama Pemimpin sempena Seminar Ketua Polis Daerah Tahun 2016

Majlis Bersama Pemimpin
Sesi soal jawab

Majlis Bersama Pemimpin
Bergambar kenangan
ArticlePublished 29 Nov 2016 9.42 AMUpdated 17 Jul 2026 11.48 AM