Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Majlis Berkhitan Perdana Pdrm 2018

Diterbitkan: 08 Dec 2018 9.00 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.48 AM
Kuala Lumpur, 8 Disember 2018 – Polis Diraja Malaysia (PDRM) melalui Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) bersama rakan strategiknya Hospital Canselor Tuanku Mukriz (HCTM) Universiti Kebangsaan Malaysia telah mengadakan Majlis Berkhitan Perdana PDRM 2018 yang berlangsung di Dewan Serbaguna, Masjid Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, dekat sini, pagi tadi.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/majlis-berkhitan-perdana-pdrm-2018
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 07:12 MYT

Kuala Lumpur, 8 Disember 2018 – Polis Diraja Malaysia (PDRM) melalui Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) bersama rakan strategiknya Hospital Canselor Tuanku Mukriz (HCTM) Universiti Kebangsaan Malaysia telah mengadakan Majlis Berkhitan Perdana PDRM 2018 yang berlangsung di Dewan Serbaguna, Masjid Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, dekat sini, pagi tadi.

Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Dato’ Sri Mohamad Fuzi Harun dalam ucapan perasmiannya menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada seluruh kakitangan dan pegawai perubatan daripada HCTM yang diterajui oleh Profesor Dato’ Dr. Hanafiah Harunarashid selaku rakan strategik PDRM dalam menjayakan program ini.

Program kali ini disertai seramai 70 kanak-kanak berumur antara lapan hingga 10 tahun yang terdiri daripada anak-anak warga PDRM dari semua jabatan di Bukit Aman dan seluruh formasi sekitar Lembah Klang.

“Sesungguhnya, majlis berkhitan yang diadakan pada hari ini, bukan sekadar untuk menunaikan tuntutan ibadah seorang muslim semata-mata, tetapi turut berkonsepkan serampang dua mata ke arah mengeratkan lagi ukhuwah dan silaturahim sesama kita,” ujarnya.

Pada kemuncak acara, Tan Sri Mohamad Fuzi berbesar hati memandikan kanak-kanak secara beramai-ramai dengan semburan air dari lori ‘Water Cannon’ Pasukan Simpanan Persekutuan (PSP) sekaligus dapat menghilangkan rasa gentar dalam diri mereka.

Hadir sama dalam majlis tersebut ialah Timbalan Ketua Polis Negara, DIG Tan Sri Dato’ Sri Noor Rashid Ibrahim, Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) selaku Pengerusi Jawatankuasa Penganjur, CP Dato' Zamri Yahya, barisan pengarah PDRM, Pegawai-pegawai Kanan PDRM, warga kerja HCTM serta rakan-rakan media.

0S4A4904
Antara gelagat kanak-kanak yang menyertai program Majlis Berkhitan Perdana PDRM 2018 yang berlangsung di Dewan Serbaguna, Masjid Ibu Pejabat Polis Bukit Aman.

0S5A3143
Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Dato’ Sri Mohamad Fuzi Harun memandikan kanak-kanak secara beramai-ramai dengan semburan air dari lori ‘Water Cannon’ Pasukan Simpanan Persekutuan (PSP).

0S4A4860
Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Dato’ Sri Mohamad Fuzi Harun menyampaikan ucapan perasmian.

0S4A4820
Sekitar majlis berlangsung.

0S4A4931
Sesi sidang media.

ArtikelDiterbitkan 08 Dec 2018 9.00 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.48 AM