Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Icerd Keadaan Keselamatan Terkawal Polis

Diterbitkan: 08 Dec 2018 10.19 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.48 AM
Kuala Lumpur, 8 Disember 2018 - Keadaan keselamatan di sekitar Jalan Raja, di sini, lokasi perhimpunan ‘kesyukuran’ menolak ratifikasi Konvensyen Antarabangsa Me­ngenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD), terus terkawal.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/icerd-keadaan-keselamatan-terkawal-polis
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 07:12 MYT

Kuala Lumpur, 8 Disember 2018 - Keadaan keselamatan di sekitar Jalan Raja, di sini, lokasi perhimpunan ‘kesyukuran’ menolak ratifikasi Konvensyen Antarabangsa Me­ngenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD), terus terkawal.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim, ketika dihubungi Bernama berkata, setakat petang ini pihaknya tidak menerima sebarang laporan kejadian yang tidak diingini.

Beliau berkata, polis akan terus memantau dan mengawal keadaan perhimpunan aman ini sehingga selesai.

Tinjauan Bernama di lokasi tersebut setakat 4.30 petang ini, mendapati ada peserta perhimpunan mula beransur pulang ekoran hujan dan ada juga yang masih kekal di sana. - BERNAMA

ArtikelDiterbitkan 08 Dec 2018 10.19 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.48 AM