
Article
Majlis Berbuka Puasa Warga Perkep Bersama Pengerusi Kasih Malaysia
Kuala Lumpur, 27 Mac 2024 - Lebih 250 ahli Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) Malaysia hari ini berpeluang berbuka puasa bersama Pengerusi KASIH Malaysia, Dato’...
Kuala Lumpur, 27 Mac 2024 - Lebih 250 ahli Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) Malaysia hari ini berpeluang berbuka puasa bersama Pengerusi KASIH Malaysia, Dato’ Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail di Masjid Bukit Aman, di sini, malam tadi.
Ketibaan Dato’ Seri Dr. Wan Azizah sekitar jam 6.45 petang telah disambut oleh Pengerusi PERKEP Malaysia, Puan Sri Zainah Othman bersama naib pengerusinya, SAC Datin Sri Dato’ Zalena Ariffin.
Majlis turut diserikan dengan persembahan alunan qasidah dan selawat oleh anak-anak yatim dari Pertubuhan Kebajikan dan Penjaga Nor Hidayah Kuala Lumpur, diikuti penyampaian sumbangan bakul kasih serta wang tunai kepada anak-anak yatim tersebut oleh Dato’ Seri Dr. Wan Azizah.
Seusai itu, program disusuli dengan solat fardhu Maghrib secara berjemaah sebelum para tetamu menikmati juadah berbuka puasa yang telah disediakan.
Hadir sama, Penaung Persatuan Suri dan Anggota Wanita Perkhidmatan Awam (PUSPANITA) Kementerian Dalam Negeri (KDN), Datin Seri Norhayati Musa, Pengerusi PUSPANITA KDN, Datin Kamariah Abd. Rahman, Pengerusi PUSPANITA Jabatan Imigresen Malaysia, Datin Nazirah Abd Hamid, barisan Pengerusi PERKEP Jabatan, Kontinjen Kuala Lumpur dan Selangor serta Ahli-ahli PERKEP.
Jurugambar: Lans Koperal Hafizah Hassan Sabery



