Artikel
Majlis Berbuka Puasa Bersama Kpn Dan Penerapan Nilai Murni
Kuala Lumpur, 21 Jun- Warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini berbesar hati menyambut ketibaan Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato’ Sri Khalid Abu Bakar ke Ma...
MAJLIS BERBUKA PUASA BERSAMA KPN DAN PENERAPAN NILAI MURNI
Kuala Lumpur, 21 Jun- Warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini berbesar hati menyambut ketibaan YDH Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato’ Sri Khalid Abu Bakar ke Majlis Penerapan Nilai-Nilai Murni di Bulan Ramadan dan berbuka puasa bersama Ketua Polis Negara di Pusat Latihan Polis (PULAPOL), di sini, petang tadi.
Majlis diserikan lagi dengan kehadiran Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri (KDN), Dato’ Sri Alwi Hj Ibrahim bersama isteri dan beberapa mantan kepimpinan tertinggi PDRM yang telah pun bersara.
Dalam suasana kesyukuran dan keberkatan Ramadan, ahli keluarga warga PDRM yang terdiri daripada anak yatim, ibu tunggal dan orang kelainan upaya (OKU) turut diraikan di mana mereka turut menerima sumbangan daripada YDH Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato’ Sri Khalid Abu Bakar dan Y.Bhg Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) Malaysia, Puan Sri Dato’ Imran Ibrahim.
YB Ketua Setiausaha KDN, Dato’ Sri Alwi Hj Ibrahim turut berkesempatan mendirikan solat sunat terawih bersama warga PDRM di Masjid PULAPOL Kuala Lumpur.
Turut hadir dalam majlis tersebut, YDH Pengarah Jabatan Integriti Dan Pematuhan Standard (JIPS), Dato’ Jalaluddin Abdul Rahman selaku Penasihat Ahli Jawatankuasa Program Penerapan Nilai-Nilai Murni di Bulan Ramadan, barisan kepimpinan tertinggi PDRM, tetamu-tetamu kenamaan, warga PDRM, pesara polis bersama pasangan masing-masing dan dif-dif jemputan.