Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Majlis Berbuka Puasa Bersama Kpn Dan Penerapan Nilai Murni

Published: 23 Jun 2016 12.31 AM Updated: 15 Aug 2026 7.25 PM
Kuala Lumpur, 21 Jun- Warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini berbesar hati menyambut ketibaan Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato’ Sri Khalid Abu Bakar ke Majlis Penerapan Nilai-Nilai Murni di Bulan Ramadan dan berbuka puasa bersama Ketua Polis Negara di Pusat Latihan Polis (PULAPOL), di sini, petang tadi.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/majlis-berbuka-puasa-bersama-kpn-dan-penerapan-nilai-murni
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 11:51 MYT
MAJLIS BERBUKA PUASA BERSAMA KPN DAN PENERAPAN NILAI MURNI

Kuala Lumpur, 21 Jun- Warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini berbesar hati menyambut ketibaan YDH  Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato’ Sri Khalid Abu Bakar ke Majlis Penerapan Nilai-Nilai Murni di Bulan Ramadan dan berbuka puasa bersama Ketua Polis Negara di Pusat Latihan Polis (PULAPOL), di sini, petang tadi.

Majlis diserikan lagi dengan kehadiran Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri (KDN), Dato’ Sri Alwi Hj Ibrahim bersama isteri dan beberapa mantan kepimpinan tertinggi PDRM yang telah pun bersara.

Dalam suasana kesyukuran dan keberkatan Ramadan, ahli keluarga warga PDRM yang terdiri daripada anak yatim, ibu tunggal dan orang kelainan upaya (OKU) turut diraikan di mana mereka turut menerima sumbangan daripada YDH Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato’ Sri Khalid Abu Bakar dan Y.Bhg Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) Malaysia, Puan Sri Dato’ Imran Ibrahim.

YB Ketua Setiausaha KDN, Dato’ Sri Alwi Hj Ibrahim turut berkesempatan mendirikan solat sunat terawih bersama warga PDRM di Masjid PULAPOL Kuala Lumpur.

Turut hadir dalam majlis tersebut, YDH Pengarah Jabatan Integriti Dan Pematuhan Standard (JIPS), Dato’ Jalaluddin Abdul Rahman selaku Penasihat Ahli Jawatankuasa Program Penerapan Nilai-Nilai Murni di Bulan Ramadan, barisan kepimpinan tertinggi PDRM, tetamu-tetamu kenamaan, warga PDRM, pesara polis bersama pasangan masing-masing dan dif-dif jemputan.

Majlis Berbuka Puasa Bersama Kpn Dan Penerapan Nilai Murni
Majlis Berbuka Puasa Bersama Kpn Dan Penerapan Nilai Murni
Majlis Berbuka Puasa Bersama Kpn Dan Penerapan Nilai MurniMajlis Berbuka Puasa Bersama Kpn Dan Penerapan Nilai Murni
Majlis Berbuka Puasa Bersama Kpn Dan Penerapan Nilai Murni
Majlis Berbuka Puasa Bersama Kpn Dan Penerapan Nilai Murni
ArticlePublished 23 Jun 2016 12.31 AMUpdated 15 Aug 2026 7.25 PM