Majlis Berbuka Puasa Bersama Ketua Polis Negara
PULAPOL Kuala Lumpur - Majlis Berbuka Puasa Bersama Ketua Polis Negara telah di adakan di Dewan Pengaman, PULAPOL Kuala Lumpur pada petang ini, 10 September 2009 bersamaan 20 Ramadhan 1430 Hijrah.
Ketibaan YDH Tan Sri Musa bin Tan Sri Haji Hassan, Ketua Polis Negara telah disambut oleh YDH Tan Sri Ismail bin Haji Omar, Timbalan Ketua Polis Negara bersama-sama YDH Dato'-Dato' Pengarah PDRM serta isteri dan Pegawai-pegawai Kanan PDRM.
Majlis dimulai dengan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran oleh Qari jemputan dan juga majlis berbuka di Dewan Pengaman. Satelah itu, para hadirin menunaikan solat fardhu Maghrib di Masjid Salehin dan jamuan makan malam. Satelah solat Isyak, para hadirin menunaikan sunat Tarawih dan diakhiri dengan jamuan moreh.

Meja utama, Majlis Berbuka Puasa Bersama Ketua Polis Negara

kiri...YBhg Puan Sri Hjh Suriati Bt. Md Sobri, isteri YDH Timbalan Ketua Polis Negara juga turut hadir

Antara Timbalan-timbalan Pengarah PDRM yang turut hadir..

Antara pegawai-pegawai kanan, staf serta tetamu jemputan yang hadir

Bacaan ayat suci Al-Quran oleh qari jemputan

Menunaikan Solat di Masjid Salehin, PULAPOL Kuala Lumpur