Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Majikan Kena Cekup

Diterbitkan: 16 Jan 2017 2.31 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.48 AM
Johor Bahru, 15 Januari 2017 - Majikan yang dipercayai mencederakan pekerjanya dengan menggunakan objek tumpul dan pemetik api ditahan reman hingga Rabu ini bagi membantu siasatan.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/majikan-kena-cekup
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 15:57 MYT


Johor Bahru, 15 Januari 2017 - Majikan yang dipercayai mencederakan pekerjanya dengan menggunakan objek tumpul dan pemetik api ditahan reman hingga Rabu ini bagi membantu siasatan.

Suspek lelaki berusia 36 tahun itu, yang menjalankan perniagaan peralatan pewangi kenderaan, ditahan di Jalan Bakawali 52, Taman Johor Jaya di sini, Khamis lepas.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Johor SAC, Dato' Kamarul Zaman Mamat, dalam kenyataan hari ini, berkata pihak polis turut merampas beberapa peralatan yang disyaki telah digunakan untuk memukul mangsa, Nur Firdaus Ibrahim, 21.

Beliau berkata ujian air kencing juga mendapati suspek positif dadah jenis Amphetamine tetapi tidak mempunyai sebarang rekod jenayah lampau.

Kes disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan iaitu menyebabkan cedera parah dengan senjata dan jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda atau sebat.

Pada 11 Jan lepas, dua laporan polis serta gambar-gambar Nur Firdaus dalam keadaan lemah, tak bermaya, serta bekas dipukul, menjadi tular di media sosial.

- BERNAMA

ArtikelDiterbitkan 16 Jan 2017 2.31 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.48 AM