Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Mahkamah Pemandu Lori Didakwa Bunuh Pekerja Kedai Barang Lusuh

Diterbitkan: 25 Nov 2015 5.58 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.47 AM
Tanjung Malim, 25 Nov- Seorang pemandu lori didakwa di Mahkamah Majistret sini hari ini atas pertuduhan membunuh pekerja kedai barang lusuh pada 13 Nov lepas.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/mahkamah-pemandu-lori-didakwa-bunuh-pekerja-kedai-barang-lusuh
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 17:56 MYT

Tanjung Malim, 25 Nov- Seorang pemandu lori didakwa di Mahkamah Majistret sini hari ini atas pertuduhan membunuh pekerja kedai barang lusuh pada 13 Nov lepas.

Tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Syahdatul Kamilah Zakaria.

Muhamad Naji Saad, 35, dituduh membunuh K. Ganesan, 50, yang ditemukan dalam keadaan tanpa kepala di dalam longkang, di tepi jalan Kampung Batu 4, Jalan Persekutuan Ipoh-Kuala Lumpur, arah Slim River, pada 2.30 pagi, 13 Nov 2015.

Dia didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati jika sabit kesalahan.

Mahkamah menetapkan 4 Jan tahun depan untuk sebutan semula kes bagi mendapatkan laporan forensik. Tertuduh tidak diwakili peguam manakala pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Fahrul Razi Zainal Abidin.

Terdahulu, suspek tiba di mahkamah dengan berpakaian lokap diiringi beberapa anggota polis pada pukul 8.45 pagi dan meninggalkan mahkamah kira-kira tiga jam kemudian.- BERNAMA

ArtikelDiterbitkan 25 Nov 2015 5.58 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.47 AM