Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Mahasiswa Keluar Dengan Rakan Sekuliah Dicabul

Published: 27 Dec 2017 9.29 AM Updated: 17 Jul 2026 11.48 AM
Seri Iskandar, 27 Disember 2017 – Seorang mahasiswa tahun pertama di sebuah institut pengajian tinggi di sini berdepan detik-detik hitam apabila dia dicabul rakan sekuliah selepas keluar bersama untuk mengulang kaji pelajaran di Kompleks Canselor di sini Sabtu lalu.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/mahasiswa-keluar-dengan-rakan-sekuliah-dicabul
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 02:19 MYT


Seri Iskandar, 27 Disember 2017 – Seorang mahasiswa tahun pertama di sebuah institut pengajian tinggi di sini berdepan detik-detik hitam apabila dia dicabul rakan sekuliah selepas keluar bersama untuk mengulang kaji pelajaran di Kompleks Canselor di sini Sabtu lalu.

Dalam kejadian pada pukul 12 tengah malam, mangsa yang merupakan pelajar Kejuruteraan Mekanikal tahun pertama itu dipaksa melakukan onani terhadap lelaki itu ketika kereta jenis Suzuki Swift dinaiki mereka sedang bergerak sebelum dicabul.

Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Superintendan Mohamad Zainal Abdullah berkata, lelaki yang merupakan pelajar tahun ketiga di institut pengajian tinggi sama mengambil mangsa di tepi asramanya untuk ke Kompleks Canselor namun mengubah haluan ke sebuah kedai serbaneka 24 jam di Batu Gajah dekat sini.

“Suspek mula bercakap perkataan lucah ketika dalam perjalanan ke kedai serbaneka itu.

“Dia kemudian membeli minyak bayi dan memaksa mangsa melakukan onani di dalam kereta yang sedang bergerak,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini sebentar tadi.

Tambah Mohamad Zainal, suspek seterusnya memberhentikan kenderaan di tepi jalan dan mula mencabul mangsa sebelum menghantarnya kembali ke asrama. – KOSMO ONLINE

 
ArticlePublished 27 Dec 2017 9.29 AMUpdated 17 Jul 2026 11.48 AM