Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Lumpuhkan Sindiket Curi Kenderaan

Published: 17 Mar 2015 6.56 AM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
KUANTAN: Anggota Bahagian Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (BPJKK) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan berjaya melumpuhkan sindiket mencuri motosikal dan kereta, selain menahan pengedar dadah di bandar ini.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/lumpuhkan-sindiket-curi-kenderaan
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 02:49 MYT
KUANTAN: Anggota Bahagian Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (BPJKK) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan berjaya melumpuhkan sindiket mencuri motosikal dan kereta, selain menahan pengedar dadah di bandar ini.

Ketua BPJKK, Deputi Superintendan Mohd Zaidi Mat Zin, berkata kejayaan itu dicapai selepas anggota BPJKK menahan individu atau pihak mencurigakan untuk siasatan lanjut.

Katanya, inisiatif berkenaan terbukti berkesan apabila berjaya menalian individu berusia antara 15 hingga 30 tahun yang dipercayai bergiat aktif mencuri motosikal dan kereta di daerah ini.

"Kita menumpaskan kumpulan 'Zal Sungai Karang' awal bulan lalu, yang dianggotai lima remaja dengan modus operandi menjalankan kegiatan curi motosikal sebelum melerai dan menjualnya di Sungai Karang Darat.

"Semua kawasan di daerah ini dalam pemerhatian pihaknya dan akan melakukan sekatan jalan raya untuk mengekang kejadian pecah rumah,"katanya.

Katanya, walaupun anggota BPJKK berdepan pelbagai cabaran dan rintangan dalam memastikan keselamatan kawasan premis perniagaan dan kediaman berada dalam optimum, namun perkara itu sudah menjadi lumrah dalam berbakti kepada masyarakat.
Lumpuhkan Sindiket Curi Kenderaan
Sumber: Berita Harian
ArticlePublished 17 Mar 2015 6.56 AMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM