Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Ltdl 2023 Pdrm Melalui Jspt Bersedia Hadapi Kejohanan Edisi Ke 27

Published: 22 Sep 2023 7.58 AM Updated: 17 Jul 2026 3.35 AM
Kuala Terengganu, 22 September 2023 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) khasnya melalui Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) bersedia menghadapi kejohanan berbasikal peringkat antarabangsa yang penuh berprestij, Le Tour de Langkawi (LTdL) Edisi ke-27 Tahun 2023 yang akan bermula esok.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/ltdl-2023-pdrm-melalui-jspt-bersedia-hadapi-kejohanan-edisi-ke-27
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 19:33 MYT
Kuala Terengganu, 22 September 2023 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) khasnya melalui Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) bersedia menghadapi kejohanan berbasikal peringkat antarabangsa yang penuh berprestij, Le Tour de Langkawi (LTdL) Edisi ke-27 Tahun 2023 yang akan bermula esok.

Seperti kelaziman, aspek keselamatan para pelumba, pengguna jalan raya lain dan orang ramai yang hadir menyaksikannya diletakkan di bawah bidang kuasa PDRM serta sentiasa diiktiraf oleh Kesatuan Berbasikal Dunia (UCI).

Menurut Timbalan Pengarah (Penguatkuasaan/Kawalan Lalu Lintas/Pengurusan Saman) JSPT Bukit Aman, DCP Dato' Mohd Nasri Omar, JSPT telah menurunkan 14 pegawai dan 104 anggota JSPT lain-lain pangkat bagi penugasan tersebut.

"Sejak (LTdL) diperkenalkan pada tahun 1996, PDRM telah memainkan peranan utama bagi menentukan kejayaan kejohanan ini berjalan dengan lancar.

"Sehubungan dengan itu, kita dengan Kementerian Belia dan Sukan (KBSMalaysia) menerusi Majlis Sukan Negara Malaysia dengan kerjasama PERSEKUTUAN KEBANGSAAN BERBASIKAL MALAYSIA (PKBM) telah mengambil beberapa langkah awal serta proaktif bagi memastikan kejohanan ini berlangsung cemerlang", ujar beliau.
Tambah beliau, PDRM telah pun membuat persediaan dan latihan awal sejak 17 September lalu bagi memastikan para petugasnya sentiasa bersedia sepenuhnya dari segi fizikal dan mental. Antaranya, pembahagian penugasan yang dipecahkan kepada dua kumpulan iaitu Pasukan Polis Pengiring dan Pasukan Polis Teknikal.

"Tidak ketinggalan, persiapan kelengkapan logistik, kelas dan taklimat penuh berkenaan prosedur penugasan eskot serta konvoi perlumbaan yang dilaksanakan di Kuala Lumpur dan Kuala Terengganu serta Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP) penugasan eskot konvoi perlumbaan di Putrajaya, baru-baru ini", ujar beliau lagi.

Bagi tujuan kelancaran kejohanan pula, PDRM telah menurunkan sebanyak 74 buah motosikal berkuasa tinggi milik JSPT, dua buah lori pengangkut selain empat buah van dan 12 buah kereta dari pihak penaja.

LTdL 2023 akan membuka tirainya esok di sini, bermula dari Kerteh ke Kuala Terengganu dengan jarak perlumbaan sejauh 187.4 kilometer, dengan PDRM sendiri meletakkan dua Head of Department (HOD) Traffic Management Control iaitu Ketua Penolong Pengarah (KPP) Penguatkuasaan JSPT Bukit Aman, Superintendan Khairul Azhar Ismail dan KPP Kawalan Lalu Lintas JSPT Bukit Aman, Superintendan Mohd Yatim Osman.

Bagi pihak seluruh rakan Pasukan yang lain, kami mengucapkan SELAMAT BERTUGAS kepada semua para petugas keselamatan LTdL 2023. Semoga Malaysia sekali lagi menempa nama kejayaan penganjuran sukan paling berprestij dan cemerlang di peringkat antarabangsa.

Jurugambar: Sub Inspektor Zaiddin Dahalan dan Konst Muhammad Azri Mohd Sabri.

ArticlePublished 22 Sep 2023 7.58 AMUpdated 17 Jul 2026 3.35 AM