Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Ltdl 2022 Peta Laluan Le Tour De Langkawi 2022 Peringkat Akhir

Diterbitkan: 18 Oct 2022 1.41 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.32 AM
Kejohanan lumba basikal bertaraf antarabangsa, Le Tour de Langkawi (LTdL) 2022 yang bermula pada 11 Oktober sehingga 18 Oktober 2022 akan mengharungi trek perlumbaan melalui beberapa laluan di Negeri Sembilan, Selangor, Wilayah Persekutuan (WP) Kuala Lumpur, WP Putrajaya, Pahang, Perak, Pulau Pinang dan Kedah.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/ltdl-2022-peta-laluan-le-tour-de-langkawi-2022-peringkat-akhir
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 06:37 MYT
Kejohanan lumba basikal bertaraf antarabangsa, Le Tour de Langkawi (LTdL) 2022 yang bermula pada 11 Oktober sehingga 18 Oktober 2022 akan mengharungi trek perlumbaan melalui beberapa laluan di Negeri Sembilan, Selangor, Wilayah Persekutuan (WP) Kuala Lumpur, WP Putrajaya, Pahang, Perak, Pulau Pinang dan Kedah.

Penutupan jalan dan lencongan secara berperingkat bagi semua jenis kenderaan akan dilaksanakan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan kerjasama kerajaan negeri dan pihak berkuasa tempatan bagi mengawal kelancaran lalu lintas serta keselamatan di lokasi yang terlibat.

Peringkat 8: Pekan Kuah, Langkawi (115.9 km)

Tarikh: 18/10/2022

Hari: Selasa

Lokasi Pelepasan: Pekan Kuah

Masa Pelepasan: 1.30 petang

Lokasi Penamat: Pekan Kuah, Langkawi

Jangkaan Masa Sampai: 4.18 petang

Antara kawasan-kawasan yang akan dilalui :-
Kuah – Kelibang – Bukit Malut – Kedawang – Jalan Padang Mat Sirat – Kuah –
Jalan Ayer Hangat – Ayer Hangat – Jalan Teluk Yu – Telaga Harbour Marina – Jalan Nyior Chabang – Ulu Melaka – Kuah – Lebuh Raya Langkawi Lap (3xLoop) – Kuah.

Orang ramai dinasihatkan untuk merancang perjalanan anda dan mematuhi arahan anggota polis yang bertugas.

Untuk sebarang maklumat lanjut, sila layari laman web LTdL 2022 di www.ltdlangkawi.my.
ArtikelDiterbitkan 18 Oct 2022 1.41 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.32 AM