
Artikel
Ltdl 2022 Peta Laluan Le Tour De Langkawi 2022 Peringkat 6
Kejohanan lumba basikal bertaraf antarabangsa, Le Tour de Langkawi (LTdL) 2022 yang bermula pada 11 Oktober sehingga 18 Oktober 2022 akan mengharungi trek perl...
Kejohanan lumba basikal bertaraf antarabangsa, Le Tour de Langkawi (LTdL) 2022 yang bermula pada 11 Oktober sehingga 18 Oktober 2022 akan mengharungi trek perlumbaan melalui beberapa laluan di Negeri Sembilan, Selangor, Wilayah Persekutuan (WP) Kuala Lumpur, WP Putrajaya, Pahang, Perak, Pulau Pinang dan Kedah.
Peringkat 6: Padang Kota, Georgetown, Pulau Pinang - Masjid Zahir, Alor Setar, Kedah (120.4 km)
Tarikh: 16/10/2022
Hari: Ahad
Lokasi Pelepasan: Padang Kota Lama, Georgetown, Pulau Pinang
Masa Pelepasan: 9.00 pagi
Lokasi Penamat: Masjid Zahir, Alor Setar, Kedah
Jangkaan Masa Sampai: 11.56 pagi
Antara kawasan-kawasan yang akan dilalui :-
Padang Kota Lama – Lebuh Light – Pengkalan Weld – Lebuh Raya Lim Chong Eu – Jambatan Pulau Pinang – Jalan Perusahaan – Bagan Ajam – Kepala Batas – Tikam Batu – Sg. Petani – Sg. Lalang – Bedong – Gurun – Guar Chempedak – Simpang Ampat – Kota Sarang Semut – L/Raya Sultanah Bahiyah – Jalan Kuala Kedah – Persiaran Sultan Abdul Hamid – Jalan Sultan Muhammad Jiwa – L/Raya Darul Aman – Masjid Zahir.
Orang ramai dinasihatkan untuk merancang perjalanan anda dan mematuhi arahan anggota polis yang bertugas.
#LTdL2022
#PolisDirajaMalaysia
#RoyalMalaysiaPolice
#PDRM
#RMP
#15102022