Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Ltdl 2022 Peta Laluan Le Tour De Langkawi 2022 Peringkat 4

Diterbitkan: 13 Oct 2022 11.10 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.32 AM
Kejohanan lumba basikal bertaraf antarabangsa, Le Tour de Langkawi (LTdL) 2022 yang bermula pada 11 Oktober sehingga 18 Oktober 2022 akan mengharungi trek perlumbaan melalui beberapa laluan di Negeri Sembilan, Selangor, Wilayah Persekutuan (WP) Kuala Lumpur, WP Putrajaya, Pahang, Perak, Pulau Pinang dan Kedah.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/ltdl-2022-peta-laluan-le-tour-de-langkawi-2022-peringkat-4
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 13:15 MYT
Kejohanan lumba basikal bertaraf antarabangsa, Le Tour de Langkawi (LTdL) 2022 yang bermula pada 11 Oktober sehingga 18 Oktober 2022 akan mengharungi trek perlumbaan melalui beberapa laluan di Negeri Sembilan, Selangor, Wilayah Persekutuan (WP) Kuala Lumpur, WP Putrajaya, Pahang, Perak, Pulau Pinang dan Kedah.

Penutupan jalan dan lencongan secara berperingkat bagi semua jenis kenderaan akan dilaksanakan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan kerjasama kerajaan negeri dan pihak berkuasa tempatan bagi mengawal kelancaran lalu lintas serta keselamatan di lokasi yg terlibat.

Peringkat 4: Sabak Bernam, Selangor - Meru Raya, Ipoh, Perak (137.9 km)
Tarikh: 14/10/2022
Hari: Jumaat
Lokasi Pelepasan: Sabak Bernam, Selangor
Masa Pelepasan: 2.45 petang
Lokasi Penamat: Meru Raya, Ipoh, Perak
Jangkaan Masa Sampai: 6.04 petang

Antara kawasan-kawasan yang akan dilalui :-

Sabak Bernam – Hutan Melintang – Teluk Intan – Kg. Gajah – Tg. Tualang –Batu Gajah – Pusing – Menglembu – Jelapang – Lebuh Meru Raya – Meru Raya.

Orang ramai dinasihatkan untuk merancang perjalanan anda dan mematuhi arahan anggota polis yang bertugas.

Untuk sebarang maklumat lanjut, sila layari laman web LTdL 2022 di www.ltdlangkawi.my.

#LTdL2022
#PolisDirajaMalaysia
#RoyalMalaysiaPolice
#PDRM
#RMP
#13102022
ArtikelDiterbitkan 13 Oct 2022 11.10 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.32 AM