
Article
Ltdl 2022 Peta Laluan Le Tour De Langkawi 2022 Peringkat 4
Kejohanan lumba basikal bertaraf antarabangsa, Le Tour de Langkawi (LTdL) 2022 yang bermula pada 11 Oktober sehingga 18 Oktober 2022 akan mengharungi trek perl...
Kejohanan lumba basikal bertaraf antarabangsa, Le Tour de Langkawi (LTdL) 2022 yang bermula pada 11 Oktober sehingga 18 Oktober 2022 akan mengharungi trek perlumbaan melalui beberapa laluan di Negeri Sembilan, Selangor, Wilayah Persekutuan (WP) Kuala Lumpur, WP Putrajaya, Pahang, Perak, Pulau Pinang dan Kedah.
Peringkat 4: Sabak Bernam, Selangor - Meru Raya, Ipoh, Perak (137.9 km)
Tarikh: 14/10/2022
Hari: Jumaat
Lokasi Pelepasan: Sabak Bernam, Selangor
Masa Pelepasan: 2.45 petang
Lokasi Penamat: Meru Raya, Ipoh, Perak
Jangkaan Masa Sampai: 6.04 petang
Antara kawasan-kawasan yang akan dilalui :-
Sabak Bernam – Hutan Melintang – Teluk Intan – Kg. Gajah – Tg. Tualang –Batu Gajah – Pusing – Menglembu – Jelapang – Lebuh Meru Raya – Meru Raya.
Orang ramai dinasihatkan untuk merancang perjalanan anda dan mematuhi arahan anggota polis yang bertugas.
#LTdL2022
#PolisDirajaMalaysia
#RoyalMalaysiaPolice
#PDRM
#RMP
#13102022