
Artikel
Ltdl 2022 Peta Laluan Le Tour De Langkawi 2022 Peringkat 2
Kejohanan lumba basikal bertaraf antarabangsa, Le Tour de Langkawi (LTdL) 2022 yang bermula pada 11 Oktober sehingga 18 Oktober 2022 akan mengharungi trek perl...
Kejohanan lumba basikal bertaraf antarabangsa, Le Tour de Langkawi (LTdL) 2022 yang bermula pada 11 Oktober sehingga 18 Oktober 2022 akan mengharungi trek perlumbaan melalui beberapa laluan di Negeri Sembilan, Selangor, Wilayah Persekutuan (WP) Kuala Lumpur, WP Putrajaya, Pahang, Perak, Pulau Pinang dan Kedah.
Peringkat 2: Kuala Klawang, Negeri Sembilan - Dataran Raub, Pahang (178.9 km)
Tarikh: 12/10/2022
Hari: Rabu
Lokasi Pelepasan: Menara Jam, Kuala Klawang, Negeri Sembilan
Masa Pelepasan: 12.15 tengah hari
Lokasi Penamat: Dataran Raub, Pahang
Jangkaan Masa Sampai: 4.32 petang
Antara kawasan-kawasan yang akan dilalui :-
Kuala Klawang – Jalan Kuala Klawang – Simpang Pertang – Simpang Durian –Manchis – Telemong – Karak – Jambu Rias – Lanchang – Mempateh – Bukit Damar – Mempaga Lurah Bilut – Raub.
Orang ramai dinasihatkan untuk merancang perjalanan anda dan mematuhi arahan anggota polis yang bertugas.
#LTdL2022
#PolisDirajaMalaysia
#RoyalMalaysiaPolice
#PDRM
#RMP
#11102022