
Artikel
Ltdl 2022 Peta Laluan Le Tour De Langkawi 2022 Peringkat 1
Kejohanan lumba basikal bertaraf antarabangsa, Le Tour de Langkawi (LTdL) 2022 yang bermula pada 11 Oktober sehingga 18 Oktober 2022 akan mengharungi trek perl...
Kejohanan lumba basikal bertaraf antarabangsa, Le Tour de Langkawi (LTdL) 2022 yang bermula pada 11 Oktober sehingga 18 Oktober 2022 akan mengharungi trek perlumbaan melalui beberapa laluan di Negeri Sembilan, Selangor, Wilayah Persekutuan (WP) Kuala Lumpur, WP Putrajaya, Pahang, Perak, Pulau Pinang dan Kedah.
Peringkat 1: Seri Menanti, Negeri Sembilan - KLCC, Kuala Lumpur (157.3 km)
Tarikh: 11/10/2022
Hari: Selasa
Lokasi Pelepasan: Sekolah Kebangsaan Tunku Nasir, Seri Menanti, Negeri Sembilan
Masa Pelepasan: 12.30 tengah hari
Lokasi Penamat: KLCC, Kuala Lumpur
Jangkaan Masa Sampai: 4.17 petang
Antara kawasan-kawasan yang akan dilalui :-
Seri Menanti – Kuala Pilah – Senaling – Kampung Inas – Bukit Miku – Rembau – Pedas –Senawang – Seremban – Mantin – Beranang – Semenyih – Jalan Sg. Lalang –
Jalan Sg. Tekali – Bukit Hantu – Pekan Batu 14 – Ampang Look Out Point – Ampang
Waterfront – Jalan Taman Putra – Ampang Point – Balai Polis Jalan Tun Razak –
Wisma MCA – KLCC.
Orang ramai dinasihatkan untuk merancang perjalanan anda dan mematuhi arahan anggota polis yang bertugas.
#LTdL2022
#PolisDirajaMalaysia
#RoyalMalaysiaPolice
#PDRM
#RMP
