
Artikel
Ltdl 2022 15 Pegawai 166 Anggota Pdrm Bertugas Sepanjang Kejohanan
Kuala Lumpur, 11 Oktober 2022 - Seramai 15 Pegawai dan 166 Anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) lain-lain pangkat dari @Jabatan Siasatan dan Jabatan Siasatan D...
Kuala Lumpur, 11 Oktober 2022 - Seramai 15 Pegawai dan 166 Anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) lain-lain pangkat dari @Jabatan Siasatan dan Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik PDRM (JSPT) ditugaskan bagi melancarkan kejohanan lumba basikal bertaraf antarabangsa Le Tour de Langkawi (LTdL) 2022 yang membuka tirainya, hari ini.
PDRM turut mengatur gerak 80 buah motosikal berkuasa tinggi milik JSPT, dua buah lori pengangkut selain tiga buah van dan sembilan buah kereta tajaan Proton Cars bagi melancarkan kejohanan berprestij pada tahun ini.
Terdahulu, bertempat di Sekolah Kebangsaan Tunku Nasir, Seri Menanti di Negeri Sembilan, berlangsungnya acara perasmian LTdL 2022 oleh Exco Belia dan Sukan Negeri Sembilan, Dato' Hj. Mohamad Taufek Abd Ghani, tengah hari tadi.
Seramai 117 pelumba basikal dari 20 buah pasukan peringkat dunia mengambil bahagian dalam acara yang berlangsung sehingga 18 Oktober depan.
Acara penutup dijangka akan diadakan di Pekan Kuah, Langkawi, Kedah.
Pegawai PDRM yang hadir ialah Timbalan Pengarah (Penguatkuasaan/Kawalan Lalulintas/Pengurusan Saman) JSPT Bukit Aman, DCP Dato' Mohd Nadzri Hussain, Timbalan Ketua Polis Negeri Sembilan, SAC Abd Khalid Othman dan Ketua Penolong Pengarah (Kawalan Lalulintas) JSPT Bukit Aman, Superintendan Mohd Yatim Osman.
Jurugambar: Sub Inspektor Zaiddin Dahalan dan Lans Koperal Muhammad Aizat Afiq Kamarudin