Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Ltdl 2020 Peta Laluan Le Tour De Langkawi 20200208

Published: 08 Feb 2020 9.42 AM Updated: 17 Jul 2026 3.32 AM
Human Voyage menganjurkan Le Tour De Langkawi (LTdL) 2020 yang berlangsung mulai 6 Februari 2020 sehingga 15 Februari 2020 dengan penglibatan seramai 132 pelumba tempatan dan antarabangsa.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/ltdl-2020-peta-laluan-le-tour-de-langkawi-20200208
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 14:08 MYT

Human Voyage menganjurkan Le Tour De Langkawi (LTdL) 2020 yang berlangsung mulai 6 Februari 2020 sehingga 15 Februari 2020 dengan penglibatan seramai 132 pelumba tempatan dan antarabangsa. Kayuhan bermula di Padang Merdeka Kota Kinabalu, Sabah, iaitu perlumbaan Kriterium Antarabangsa Malaysia (Malaysia Internasional Criterium Race) sebagai perlumbaan khas bersempena sambutan Jubli Perak LTdL 2020 dan peringkat pertama bermula di Kuching, Sarawak dengan keseluruhan mempunyai 8 peringkat sebelum berakhir di Pulau Langkawi, Kedah dengan acara baharu diperkenalkan iaitu perlumbaan Klasik Antarabangsa Malaysia (Malaysia International Classic Race) sebagai penutup perlumbaan dengan jarak keseluruhan sejauh 1,441 kilometer.

Penutupan jalan dan lencongan secara berperingkat untuk semua jenis kenderaan akan dilaksanakan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi melancarkan pergerakan lalu lintas dan keselamatan di lokasi serta laluan yang terlibat.

Peringkat 3 : Temerloh – Kuala Lumpur (162.5km)
Tarikh : 09/02/2020 (Ahad)
Lokasi Pelepasan : Dataran Dewan Tun Razak, Temerloh
Masa Pelepasan : 12.00 tengahari
Lokasi Penamat : Menara Berkembar Petronas, Kuala Lumpur
Jangkaan Masa Sampai : 4.00 petang
Kontinjen Terlibat : Pahang, Kuala Lumpur.
Daerah Terlibat : Temerloh, Raub, Bentong, Gombak, Ampang dan Kuala Lumpur.

Antara kawasan-kawasan yang akan dilalui :-
Dataran Dewan Tun Razak – Kg. Batu Satu – Kg. Haji Ali – Tanjung Lalang – Simpang Songsang – Kg. Tok Embun – Bandar Mentakab – Kg. Desa Bakti – Kg. Sg Kepong – Kg. Paya Siput – Kg. Rantau Panjang – Lanchang – Kg. Mempateh – Kg. Chempaka – Bukit Damar – Lakum – Mempaga – Lebu – Bentong – Bukit Tinggi – Genting Sempah – Gombak – Setapak – Wangsa Maju – Jalan Genting Klang – Jalan Lingkaran Tengah 2 – Hulu Klang – Jalan Ampang – Menara Berkembar Petronas, Kuala Lumpur.

Lokasi permulaan dan penamat bagi semua peringkat perlumbaan akan ditutup 2 jam lebih awal sebelum dan selepas pelepasan bagi kerja-kerja pemasangan dan membuka peralatan khemah dan pentas. Manakala lokasi laluan akan ditutup sejam atau seminima masa yang boleh mengikut keadaan tempat berkenaan lebih awal bagi mengubah, melencong atau mengalih setiap halangan yang dikenal pasti oleh petugas trafik pada masa perlumbaan sedang berlangsung.

Laluan tapak permulaan akan ditutup secara berperingkat mulai jam 8 pagi bagi perlepasan peserta pada jam 12.00 tengahari dari Dataran Dewan Tun Razak, Temerloh.

Lokasi penamat akan ditutup sepanjang program berlangsung sehingga ketibaan peserta pelumbaan pada jam 4.00 petang di Menara Berkembar Petronas, Kuala Lumpur manakala penutupan di laluan perlumbaan akan ditutup mulai jam 2.00 petang.

Pemakluman kepada orang ramai
• Memberi kerjasama serta mematuhi segala arahan anggota polis yang bertugas semasa acara berlangsung agar tiada sebarang halangan lalu lintas di sepanjang laluan perlumbaan;

• Merancang perjalanan lebih awal dan menggunakan laluan alternatif bagi memudahkan perjalanan dan mengelakkan sebarang kesulitan;

• Segala operasi penutupan jalan akan dilaksanakan secara berperingkat yang dijangka 30 minit sebelum peserta perlumbaan melalui laluan di lokasi yang ditetapkan;

• Pastikan tiada halangan atau meletakkan kenderaan secara statik di sepanjang laluan perlumbaan; dan

• Semua pengguna jalan raya perlu mengikuti perkembangan maklumat penutupan jalan dan lencongan berperingkat di kawasan terbabit melalui hebahan media negeri masing-masing bagi memberi laluan kepada perlumbaan LTdL 2020.

Image may contain: text and outdoor

No photo description available.

No photo description available.

ArticlePublished 08 Feb 2020 9.42 AMUpdated 17 Jul 2026 3.32 AM