
Artikel
Ltdl 2020 Peringkat Ketiga Temerloh Kuala Lumpur
Kuala Lumpur, 9 Februari 2020 - Peringkat ketiga Le Tour de Langkawi (LTdL) 2020 bermula di Dataran Dewan Tun Razak, Temerloh, Pahang dan menamatkan kayuhan di...
Kuala Lumpur, 9 Februari 2020 - Peringkat ketiga Le Tour de Langkawi (LTdL) 2020 bermula di Dataran Dewan Tun Razak, Temerloh, Pahang dan menamatkan kayuhan di Menara Berkembar Petronas, Kuala Lumpur. Pelumba mengharungi tiga zon pecut di Bandar Mentakab (KM9.2), Desa Bakti (KM18.8), Mempaga (KM58.2) dan dua zon pendakian kategori tiga di Bukit Damar (KM36.9), Bentong (KM74.5) serta satu zon pendakian kategori satu di Genting Sempah (KM120.2) dengan jarak laluan sejauh 162.5 kilometer.
Sekitar penugasan 'Pilot' PDRM yang bertanggungjawab dalam melancarkan laluan trafik sekaligus memastikan keselamatan pelumba dan pengiring pelumba dalam keadaan selamat.
Penugasan kawalan lalulintas oleh petugas PDRM sepanjang pergerakan konvoi 'Cavalcade' dari Temerloh ke Kuala Lumpur.
Kesemua 'Pilot' memasuki lokasi 'deviation' setelah selesai penugasan.