Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Lokasi Panas Penjenayah Diserbu

Diterbitkan: 18 Jun 2014 3.28 AM Dikemas kini: 15 Aug 2026 7.38 PM
Sepasukan anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan diketuai timbalan ketua polis daerah berkenaan, Superintendan Azman Abdul Razak melakukan pemeriksaan di Pangsapuri Sri Bayu, ..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/lokasi-panas-penjenayah-diserbu
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 19:03 MYT

Sepasukan anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan diketuai timbalan ketua polis daerah berkenaan, Superintendan Azman Abdul Razak melakukan pemeriksaan di Pangsapuri Sri Bayu, Klang, baru-baru ini.

Dalam serbuan tersebut pihak polis memeriksa 640 individu membabitkan 453 lelaki dan 21 wanita. Daripada jumlah yang diperiksa seramai 71 individu masing-masing 47 lelaki dan 24 wanita berusia 20-an hingga 50-an ditahan kerana didapati melakukan pelbagai kesalahan. Seramai 63 individu yang ditahan adalah warga asing yang tidak memiliki sebarang dokumen perjalanan sah, dua individu atas kesalahan memiliki kad pengenalan palsu, empat individu kerana gagal beri keterangan manakala masing-masing seorang kerana terbabit kes samun dan orang dikehendaki.

Lokasi Panas Penjenayah Diserbu

Sumber : Keratan Akhbar Harian Metro

ArtikelDiterbitkan 18 Jun 2014 3.28 AMDikemas kini 15 Aug 2026 7.38 PM