Sepasukan anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan diketuai timbalan ketua polis daerah berkenaan, Superintendan Azman Abdul Razak melakukan pemeriksaan di Pangsapuri Sri Bayu, Klang, baru-baru ini.
Dalam
serbuan tersebut pihak polis memeriksa 640 individu membabitkan 453
lelaki dan 21 wanita. Daripada jumlah yang diperiksa seramai 71 individu
masing-masing 47 lelaki dan 24 wanita berusia 20-an hingga 50-an
ditahan kerana didapati melakukan pelbagai kesalahan. Seramai 63
individu yang ditahan adalah warga asing yang tidak memiliki sebarang
dokumen perjalanan sah, dua individu atas kesalahan memiliki kad
pengenalan palsu, empat individu kerana gagal beri keterangan manakala
masing-masing seorang kerana terbabit kes samun dan orang dikehendaki.

Sumber : Keratan Akhbar Harian Metro