Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Lokasi Panas Kerap Berlaku Nahas Dipantau Kpn Keratan Akhbar Pilihan

Diterbitkan: 10 Jun 2025 1.48 AM Dikemas kini: 15 Aug 2026 7.59 PM
Kuala Lumpur, 10 jun 2025 - Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik sentiasa melaksanakan pemantauan dan kawalan di lokasi-lokasi panas yang kerap berlaku kemalangan.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/lokasi-panas-kerap-berlaku-nahas-dipantau-kpn-keratan-akhbar-pilihan
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 14:13 MYT
Kuala Lumpur, 10 jun 2025 - Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik sentiasa melaksanakan pemantauan dan kawalan di lokasi-lokasi panas yang kerap berlaku kemalangan.

Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain berkata, tindakan dikenakan terhadap pemandu yang dikesan melakukan kesalahan lalu lintas termasuk memberi peringatan dan saman.

"Kita juga mencadangkan untuk menyenarai hitam mereka yang dikesan melakukan kesalahan berat," katanya pada Isnin.

Beliau berkata, kejadian kemalangan maut yang berlaku pada 13 Mei lalu sehingga meragut nyawa sembilan anggota Pasukan Simpanan Persekutuan Polis Diraja Malaysia, serta kemalangan maut lain tidak dijadikan iktibar dan pengajaran oleh sebahagian pemandu-pemandu yang tidak bertanggungjawab.

“Ini belum ambil kira lagi faktor kenderaan-kenderaan berat seperti lori dan bas yang tidak layak berada di atas jalan raya namun masih digunakan oleh pihak tertentu," katanya.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Sinar Harian seperti di lampiran.

May be an image of 1 person and text


ArtikelDiterbitkan 10 Jun 2025 1.48 AMDikemas kini 15 Aug 2026 7.59 PM