Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Keratan Akhbar Pilihan Ppm Bongkar Sindiket Bot Dadah

Diterbitkan: 10 Jun 2025 2.27 AM Dikemas kini: 15 Aug 2026 7.59 PM
Kuala Lumpur, 10 Jun 2025 - Modus operandi sindiket penyeludupan dadah semakin licik apabila menggunakan laluan laut sebagai pintu masuk utama ke negara ini, selain menyamar sebagai pemancing dan pemandu bot pelancong untuk mengaburi mata pihak berkuasa.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-ppm-bongkar-sindiket-bot-dadah
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 13:23 MYT
Kuala Lumpur, 10 Jun 2025 - Modus operandi sindiket penyeludupan dadah semakin licik apabila menggunakan laluan laut sebagai pintu masuk utama ke negara ini, selain menyamar sebagai pemancing dan pemandu bot pelancong untuk mengaburi mata pihak berkuasa.

Bagi mengelakkan dikesan, dadah jenis Syabu, Ganja, Heroin dan pil Ekstasi dibungkus rapi menggunakan bungkusan minuman seperti teh cina dan kopi sebelum dipindahkan di tengah laut daripada kapal induk ke bot kecil.

Komander Pasukan Polis Marin (PPM) Bukit Aman, SAC Shamsol Kassim berkata, siasatan mendapati suspek berperanan sebagai "runner" atau "transporter", namun sering berdalih kononnya tidak mengetahui kandungan sebenar barangan yang dibawa kerana dibungkus dalam bentuk barangan harian.

“Sejak tahun 2020 hingga April lalu, PPM telah merekodkan 1,860 kes melibatkan 2,225 tangkapan yang kebanyakannya berusia antara 20 hingga 50 tahun, dengan nilai rampasan dadah mencecah RM150.8 juta.

“Kebanyakan tangkapan melibatkan mereka yang menyamar sebagai awak-awak bot, nelayan, pemancing dan pemandu bot pelancong," katanya kepada Sinar Harian.
Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Sinar Harian seperti di lampiran.

Keratan Akhbar Pilihan Ppm Bongkar Sindiket Bot Dadah

ArtikelDiterbitkan 10 Jun 2025 2.27 AMDikemas kini 15 Aug 2026 7.59 PM