Ayuh saksikan secara langsung Kejohanan Ragbi Piala Rujirawongse edisi ke-34 Tahun 2023 antara Pasukan Ragbi Polis Diraja Malaysia (PDRM) menentang Pasukan Ragbi Royal Thai Police (RTP) di Stadium Ragbi Pusat Latihan RTP, Bandar Pattaya, Chonburi, Bangkok, Thailand.
Yang turut hadir menyaksikan perlawanan tersebut, Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Razarudin Husain bersama isteri merangkap Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) Malaysia, Puan Sri Zainah Othman, Ketua Polis (KP) Johor, CP Dato' Kamarul Zaman Mamat, KP Selangor, CP Dato’ Hussein Omar Khan, Timbalan Pengarah Pengurusan (Pentadbiran) Bukit Aman, DCP Gilberd Philip Layang dan Ketua Penolong Pengarah Pengurusan (Pentadbiran) Bukit Aman, SAC Datuk Mohd Sukri Kaman.
