Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Lima Wakil Pdrm Sertai Persidangan Dwitahunan Pertubuhan Komanwel

Published: 18 Aug 2016 7.15 AM Updated: 15 Aug 2026 7.24 PM
Putrajaya, 18 Ogos 2016 – Lima Pegawai Kanan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bersama lebih 1000 perwakilan delegasi dari 53 buah negara Komanwel berkumpul dalam satu Persidangan Dwitahunan Pertubuhan Komanwel bagi Pentabdiran Awam dan Pengurusan (CAPAM) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), di sini, hari ini. Ketua Penolong Pengarah Pengurusan (Latihan/Peperiksaan/Kompetensi) Jabatan Pengurusan, Dato’ Ramli Mohamed Yoosuf telah mengetuai delegasi ahli Komanwel PDRM dalam persidangan yang dirasmikan oleh Perdana Menteri, Dato' Sri Mohd Najib Tun Haji Abdul Razak itu.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/lima-wakil-pdrm-sertai-persidangan-dwitahunan-pertubuhan-komanwel
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 18:32 MYT

Oleh : Kpl Edwind Indo
Penyunting : Insp. Rahim bin Othman

Putrajaya, 18 Ogos 2016 – Lima Pegawai Kanan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bersama lebih 1000 perwakilan delegasi dari 53 buah negara Komanwel berkumpul dalam satu Persidangan Dwitahunan Pertubuhan Komanwel bagi Pentabdiran Awam dan Pengurusan (CAPAM) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), di sini, hari ini.

Ketua Penolong Pengarah Pengurusan (Latihan/Peperiksaan/Kompetensi) Jabatan Pengurusan, Dato’ Ramli Mohamed Yoosuf telah mengetuai delegasi ahli Komanwel PDRM dalam persidangan yang dirasmikan oleh Perdana Menteri, Dato' Sri Mohd Najib Tun Haji Abdul Razak itu.

CAPAM dianggotai oleh 53 negara Komanwel ditubuhkan pada tahun 1994 yang dijadikan sebagai pusat kecemerlangan dalam pentadbiran perkhidmatan awam lebih responsif dan dinamik.

Melalui platfom itu, rakan negara Komanwel memperoleh percambahan minda inovasi, meningkatkan amalan dalam penyampaian perkhidmatan kepada masyarakat, membangun kepimpinan dan pembaharuan dalam pengurusan perkhidmatan awam.

“Kerajaan Malaysia menggalakkan penjawat awam keluar daripada pemikiran konvensional dan juga zon selesa mereka”, ujar Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Sri Najib Tun Razak ketika menyampaikan ucapan perasmian persidangan sebentar tadi.

Tambahnya lagi, langkah itu bertujuan merangsang 1.6 juta penjawat awam Malaysia untuk muncul dengan penyelesaian baharu dan pemikiran kreatif yang memberikan penjimatan besar kepada kerajaan sesuai dengan tema "Inovasi Kepentingan dalam Perkhidmatan Awam" pada tahun ini.

Turut hadir ialah Raja Swaziland, Baginda Raja Mswati III, Ketua Setiausaha Komanwel Ke-6, H.E Patricia Schotland dan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr. Ali Hamsa.

IMG_6369
Ketua Penolong Pengarah Pengurusan (Latihan/Peperiksaan/Kompetensi) Jabatan Pengurusan, Dato’ Ramli Mohamed Yoosuf (kiri) ketika hadir Persidangan Dwitahunan Pertubuhan Komanwel bagi Pentabdiran Awam dan Pengurusan (CAPAM) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC)

ArticlePublished 18 Aug 2016 7.15 AMUpdated 15 Aug 2026 7.24 PM