Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Lima Pengedar Dadah Warga Myanmar Dicekup

Published: 08 Sep 2018 1.11 AM Updated: 24 Aug 2026 1.15 PM
Lima buruh warga Myanmar diberkas polis dalam serbuan di sebuah rumah di Bagan Sungai Besar, Sabak Bernam, awal pagi semalam.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/lima-pengedar-dadah-warga-myanmar-dicekup
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 20:59 MYT

Lima buruh warga Myanmar diberkas polis dalam serbuan di sebuah rumah di Bagan Sungai Besar, Sabak Bernam, awal pagi semalam.

Serbuan Op Tapis oleh pasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Sabak Bernam diketuai Inspektor Norizan Ramli berjaya menahan lima suspek berusia dalam lingkungan 23 hingga 34 tahun yang disyaki aktif menjalankan kegiatan mengedar dadah secara kecil-kecilan sekitar Sungai Besar.

Hasil pemeriksaan polis di sebuah bilik menemui bungkusan beg plastik yang mengandungi 12 peket plastik pelbagai saiz mengandungi bahan disyaki heroin.

Dalam serbuan pada jam 3.50 pagi itu, polis merampas heroin seberat 37.93 gram dengan nilai keseluruhan berjumlah RM1,000.

Sumber: Kosmo

ArticlePublished 08 Sep 2018 1.11 AMUpdated 24 Aug 2026 1.15 PM