Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Lima Pegawai Pdrm Terima Sijil Tamat Kursus Countering International Drug Trafficking Illicit Trafficking In Narcotic Drug And Psychotropic Substances

Published: 09 Feb 2022 10.18 AM Updated: 17 Jul 2026 3.32 AM
Kuala Lumpur, 9 Februari 2022 - Seramai lima Pegawai Kanan Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang menyertai kursus "Countering International Drug Trafficking, Illicit Trafficking in Narcotic Drug and Psychotropic Substances" menerima sijil penyertaan dalam satu majlis ringkas yang diadakan di Embassy of The Russian Federation, Jalan Ampang, petang tadi.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/lima-pegawai-pdrm-terima-sijil-tamat-kursus-countering-international-drug-trafficking-illicit-trafficking-in-narcotic-drug-and-psychotropic-substances
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 13:08 MYT
Lima Pegawai Pdrm Terima Sijil Tamat Kursus Countering International Drug Trafficking Illicit Trafficking In Narcotic Drug And Psychotropic Substances
Home / Article / Lima Pegawai Pdrm Terima Sijil Tamat Kursus Countering International Drug Trafficking Illicit Trafficking In Narcotic Drug And Psychotropic Substances
Back to Library
Article

Lima Pegawai Pdrm Terima Sijil Tamat Kursus Countering International Drug Trafficking Illicit Trafficking In Narcotic Drug And Psychotropic Substances

Kuala Lumpur, 9 Februari 2022 - Seramai lima Pegawai Kanan Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang menyertai kursus "Countering International Drug Trafficking, Illic...

Kuala Lumpur, 9 Februari 2022 - Seramai lima Pegawai Kanan Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang menyertai kursus "Countering International Drug Trafficking, Illicit Trafficking in Narcotic Drug and Psychotropic Substances" menerima sijil penyertaan dalam satu majlis ringkas yang diadakan di Embassy of The Russian Federation, Jalan Ampang, petang tadi.

Kursus yang dijalankan secara dalam talian berlangsung pada 20 hingga 24 September tahun 2021 turut disertai wakil dari Royal Brunei Police Force (RBPF), Cambodian National Police (CNP), Indonesian National Police (INP), Lao Police Forces (LPF), Myanmar Police Force (MPF), Philippines National Police (PNP), Royal Thai Police (RTP) dan Office of Investigation Police Agency (OIPA) Vietnam. 

Sijil tersebut telah disampaikan oleh Ambassador of The Russian Federation, H.E. Naiyl M. Latypov kepada Pengarah Perkhidmatan Polis Sekretariat Polis Asean (ASEANAPOL), Senior Superintendan Joni Getamala, Ketua Pentadbiran dan Sokongan Teknikal Sekretariat ASEANAPOL, Superintendan Azrul Hisham Mohd Shaffie, DSP Perancang dan Program Sekretariat ASEANAPOL, DSP Faizall Samsudin, Ketua Unit (Teknikal/Analisis) II, Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN), Bukit Aman, DSP Jefferson Wilfred Ahmin dan ASP Analisis Media/Rangkaian/Keselamatan (I), JSJN Bukit Aman, ASP Mohd Adlin Arifin.

Pengarah JSJN, CP Dato’ Ayob Khan Mydin Pitchay yang hadir mewakili Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Acryl Sani Hj. Abdullah Sani ketika berucap dalam majlis tersebut mengucapkan syabas dan tahniah kepada para peserta.

"Semoga ia akan mengukuhkan lagi kerjasama antara PDRM dengan pihak Ambassador of The Russian Federation dalam usaha memantau dan mengekang sindiket pengedaran dadah di peringkat antarabangsa," ujar beliau lagi.

Turut hadir, Timbalan Pengarah Pengurusan (Latihan), DCP Dato’ Nerita Yaacob, Pengarah Eksekutif Sekretariat ASEANAPOL, Deputi Asisten Komisioner Jim Wee dan para pegawai kanan PDRM.

Jurugambar: Koperal Muhammad Rafsamjani Shamsul Bahar dan Lans Koperal Bryanlie Mustin.

May be an image of 4 people and people standing

May be an image of 3 people, people standing and indoor

May be an image of 4 people, people standing, indoor and text

May be an image of 2 people, people sitting and indoor

May be an image of 3 people, people standing and text

May be an image of 1 person and standing

May be an image of 1 person and standing

May be an image of 1 person and standing

May be an image of 8 people and people standing

ArticlePublished 09 Feb 2022 10.18 AMUpdated 17 Jul 2026 3.32 AM