Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Kpn Rasmi Forum Wacana Ilmiah Anjuran Peserta Kursus Sarjana Sains Sosial Di Maktab Pdrm

Diterbitkan: 09 Feb 2022 11.18 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.32 AM
Cheras, 9 Februari 2022 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Acryl Sani Hj. Abdullah Sani hari ini hadir bersama Timbalan KPN, DIG Dato' Razarudin Husain dalam Majlis Perasmian Forum "Wacana Ilmiah: Sejauh Manakah Keberkesanan Pelaksanaan Hukuman Mati Di Malaysia?" yang berlangsung di Dewan Sultan Hj. Ahmad Shah, Maktab Polis Diraja Malaysia Kuala Lumpur, di sini.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/kpn-rasmi-forum-wacana-ilmiah-anjuran-peserta-kursus-sarjana-sains-sosial-di-maktab-pdrm
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 09:56 MYT
Cheras, 9 Februari 2022 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Acryl Sani Hj. Abdullah Sani hari ini hadir bersama Timbalan KPN, DIG Dato' Razarudin Husain dalam Majlis Perasmian Forum "Wacana Ilmiah: Sejauh Manakah Keberkesanan Pelaksanaan Hukuman Mati Di Malaysia?" yang berlangsung di Dewan Sultan Hj. Ahmad Shah, Maktab Polis Diraja Malaysia Kuala Lumpur, di sini.

Majlis anjuran peserta Kursus Sarjana Sains Sosial (Pengajian Kepolisan) Sesi 2021/2023 yang dikendalikan pihak maktab bersama Universiti Kebangsaan Malaysia itu turut disertai 300 jemputan luar.

Tujuan penganjuran forum seumpama itu bagi mendapatkan input yang boleh membuka minda dan penambahan ilmu pengetahuan kepada warga Pasukan, selain membantu menambah baik dasar, polisi serta perundangan mengenai pelaksanaan hukuman mati di Malaysia.

Dalam ucapan perasmiannya, Tan Sri Acryl Sani menyeru semua pihak yang terlibat supaya meneruskan pelaksanaan program-program ilmiah seumpama itu bagi membantu institusi pihak berkuasa.

"Saya menyeru kepada semua pihak untuk memperbanyakkan lagi sesi wacana ilmiah seumpama ini di masa hadapan, yang jelas mampu memberi ruang dan peluang untuk percambahan minda, dalam usaha kita memperkukuhkan lagi institusi penguatkuasaan negara," ujar beliau.

Forum separuh hari itu turut menampilkan dua ahli panel yang tidak asing dalam dunia perundangan bagi membahas dan membicarakan mengenai isu hukuman mati dalam negara.

Mereka terdiri daripada Timbalan Ketua Bahagian Pendakwaan III, Bahagian Pendakwaan Jabatan Peguam Negara, Tuan Muhamad Iskandar Ahmad dan Ketua Bahagian Keselamatan dan Intelegen Penjara Kajang, Penolong Kanan Komisioner Penjara Tuan Masran Muhammad.

Manakala moderator jemputan khas bagi mengendalikan forum tadi ialah Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Dato' Akhtar Tahir.

Jurugambar: Lans Koperal Muhammad Khairul Hilmi Zaini dan Lans Koperal Mohamad Shazril Abd Rashid.

May be an image of ‎4 people and ‎text that says '‎Forum Isu Perundangan 'WACANA ILMIAH: SEJAUH KEBERKESANAN PELAKSANAAN HUKUMAN MATI MALAYSIA?

May be an image of 1 person and text

May be an image of 4 people and flower

May be an image of 6 people and indoor

May be an image of 5 people, people standing and text that says 'AE Forum Isu Perundangan 'WACANA ILMIAH: SEJAUH MANAKAH KEBERKESANAN PELAKSANAAN HUKU

May be an image of 5 people and people standing

May be an image of 4 people and people standing

May be an image of 4 people, people standing and indoor

May be an image of 3 people, people standing, indoor and text that says 'ACRYLSANI S2'

May be an image of 7 people and people standing

May be an image of 3 people and people standing

May be an image of 2 people and people standing
ArtikelDiterbitkan 09 Feb 2022 11.18 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.32 AM